Wang Akaun 1 KWSP Boleh Labur ASB
Wang Akaun 1 KWSP Boleh Labur ASB, Ramai Tak Sedar yang menguruskan pelaburan ahli dalam dana unit amanah.
i-Invest ialah sebuah platform atas talian di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA).
Pelbagai perkhidmatan dengan fungsi perbandingan dan maklumat berguna untuk membantu ahli membuat perlaburan yang bijak.
Melalui i-Invest ini juga ahli boleh menikmati proses membuat keputusan yang lebih cekap dengan akses mudah dimana saja dan ditambah dengan caj perkhidmatan yang lebih rendah atau lebih tepat lagi kerana tiada pengunaan orang tengah iaitu ejen.
Lihat Juga: Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sebanyak RM60,000
Syarat Guna Duit KWSP Untuk Labur ASB
Ahli KWSP yang boleh menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut :-
- Ahli yang berumur kurang 55 tahun dan simpanan di Akaun 1 KWSP melebihi baki simpanan asas
- Ahli yang berumur 55 tahun/Akaun Emas
- Nota: Ahli yang telah mengeluarkan keseluruhan baki KWSP ketika mencecah umur 55 tahun tidak layak menggunakan kemudahan ini.
- Namun begitu, ahli boleh melaksanakan kemudahan ini ketika mencecah umur 60 tahun (Akaun Emas).
Jenis Transaksi Yang Dibenarkan
Anda boleh melaksanakan transaksi berikut:-
- Pembelian
- Penukaran tabung (switching)
- Jualan balik – sekiranya ahli menjual pelaburan unit amanah, ASNB akan mengembalikan semua jumlah jualan balik pelaburan kepada KWSP.
Nota: Transaksi penukaran tabung (switching) & jualan balik tidak ditawarkan bagi ahli KWSP yang berumur 55 tahun/Akaun Emas.
Jumlah Pelaburan Minimum & Maksimum Boleh Labur Dibawah i-Invest
Transaksi
- Pembelian
- Penukaran (switching)
- Jualan balik
Minimum
- RM1,000
- RM0.01
- RM1.00
Maksimum
- Berdasarkan had pelaburan dalam akaun
- Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
- Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
Soalan Lazim
Sekiranya saya tiada akaun dengan mana-mana unit amanah ASNB, bolehkah saya melaksanakan i-Invest?
- Tidak boleh. Anda perlu hadir di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB bagi mendaftar akaun unit amanah ASNB terlebih dahulu.
Saya telah melaksanakan proses pembelian unit amanah menerusi i-Invest tetapi mengapa rekod tersebut tidak dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP?
- Transaksi pembelian hanya akan dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP anda setelah ASNB menerima wang tersebut dari KWSP. Proses ini akan mengambil masa seperti berikut :-
Baki dikemaskini di portal myASNB
- 2 hari bekerja
Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli)
- 4 hari bekerja
Sekiranya transaksi dilaksanakan pada hari cuti umum atau bukan hari bekerja, transaksi tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Bagi penukaran dana unit amanah ATAU jualan balik, baki akan dikemaskini seperti berikut :-
Baki dikemaskini di portal myASNB
- Secara terus (online)
Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli)
- 2 hari bekerja
Sekiranya transaksi dilaksanakan pada hari cuti umum atau bukan hari bekerja, transaksi tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Saya telah melaksanakan pengeluaran berjumlah RM1,000 dari i-Invest, tetapi kemudiannya saya ingin mengubah jumlah pelaburan tersebut di portal myASNB. Bolehkah saya berbuat demikian?
- Anda tidak boleh menambah jumlah pelaburan di portal myASNB. Hanya pengurangan jumlah pelaburan sahaja dibenarkan di portal myASNB. Sekiranya anda ingin menambah pelaburan kepada jumlah baharu ia perlu dilaksanakan menerusi i-Invest semula.
Berapakah jumlah pelaburan minimum dan maksimum yang saya boleh laksanakan menerusi i-Invest?
Transaksi
- Pembelian
- Penukaran (switching)
- Jualan balik
Minimum
- RM1,000
- RM0.01
- RM1.00
Maksimum
- Berdasarkan had pelaburan di KWSP
- Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
- Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
Apakah caj yang dikenakan sekiranya saya melaksanakan transaksi i-Invest?
Transaksi Caj
Pembelian
- Unit amanah harga berubah: Caj jualan 0.5%
Penukaran (switching) hanya pertukaran daripada - unit amanah harga tetap kepada unit amanah harga berubah dikenakan caj jualan 0.5%
Unit amanah harga berubah: Tiada
Penukaran (switching)
- hanya pertukaran daripada unit amanah harga tetap kepada unit amanah harga berubah dikenakan caj jualan 0.5%
Jualan balik
- Tiada caj
Kekerapan pengeluaran yang dibenarkan untuk i-Invest?
- Tiada had kekerapan pengeluaran ditetapkan bagi ketiga-tiga jenis transaksi yang dibenarkan menerusi i-Akaun (Ahli) KWSP. Bagi transaksi pembelian, pengeluaran boleh dilaksanakan sehingga maksimum 25 tabung pada satu masa pengeluaran.
Adakah saya dibenarkan untuk membuat transaksi pembelian menerusi i-Invest melebihi satu unit amanah secara serentak?
- Ya. Anda dibenarkan untuk membuat pembelian menerusi i-Invest melebihi satu tabung unit amanah dalam satu-satu masa. Pemilihan unit amanah perlu dilaksanakan di i-Akaun (Ahli) KWSP dan ia tidak boleh ditambah ketika anda berada di akaun portal myASNB.
Sumber: Portalinfo
Lihat Juga: Baharu! Cara Buka Akaun ASB Online Menggunakan Telefon – Tidak Perlu Ke Kaunter (18 Tahun Ke Atas)
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.