Video Jep Dan Mamat Di Konsert Tahun 2005 Tular, Ramai Yang Pelik…
Persahabatan antara Jep dan Mamat Sepah dari dulu lagi sering menjadi perhatian ramai. Dari mula berkawan dan sama-sama masuk rancangan realiti TV mencari pelawak, Jep, Shuib dan Mamat adalah tiga figura yang sememangnya berbakat besar.
Namun itu semua cerita dulu dan kini mereka membawa haluan masing-masing. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman ketika di konsert kumpulan Search pada tahun 2005 telah mencuri perhatian ramai. Biarpun sudah bertahun lamanya, namun rakaman dengan paparan penonton yang hadir di konsert itu telah menjadi bualan.
Manakan tidak, nampak seperti kelibat Mamat dan Jep dalam kalangan penonton yang ramai tersebut. Malah ramai pelik bila si perakam seakan fokus akan kedua-dua pelawak ini biarpun jika diikutkan pada waktu itu Mamat dan Jep masih belum masuk dalam industri dan dikenali ramai.
Berikut adalah rakaman yang memaparkan Jep dan Mamat di konsert Search satu ketika dulu yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini:
LIHAT VIDEO DIBAWAH
Bukan main seronok lagi Jep dan Mamat di konsert Search pada waktu ini. Tapi memang pelik si perakam fokus pada mereka ini yang pada waktu itu masih belum dikenali ramai.
Apa-apa pun di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: R. MAMA
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja