DAP menggesa permulaan vaksinasi kepada remaja bawah 18 tahun

Vaksinasi Terhadap Remaja Bawah 18 Tahun Harus Dimulakan

Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh menyoal bilakah anak-anak berusia 12 tahun ke atas dibenarkan untuk menerima vaksin terutama apabila segolongan besar daripada mereka akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada 3 Oktober ini.

Berikut adalah intipati ucapan beliau:

  • Kebimbangan ibu-bapa ini adalah suatu perkara yang harus ditangani
  • Banyak pusat pemberian vaksin (PPV) di Perak menghadapi kekurangan calon penerima vaksin ketika ini dan kerajaan harus bersikap tanpa membuang masa dengan membuka vaksinasi untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
  • Memndangkan  Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah membuka kesemua PPV awam bermula untuk penerimaan vaksin secara ‘walk-in’ atau datang terus tanpa temu janji, permulaan vaksinasi hendaklah dipercepatkan bagi remaja berumur dibawah 18 tahun.
  • Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dipetik sebagai berkata, remaja 12 hingga 17 tahun sudah boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
  • Namun proses vaksinasi bagi yang berumur dibawah 18 tahun masih sangat sedikit walaupun sekolah akan bermula pada 3 Oktober kelak.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Permohonan GKP 4.0 Pakej PEMULIH RM1,000 ~ cara dan tarikh memohon

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment