China akan sumbangkan sejuta dos vaksin Sinovac kepada Malaysia
China akan menyumbangkan satu juta dos vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac) tambahan kepada Malaysia atas dasar persahabatan yang mendalam antara kedua-dua negara dan sesama rakyat, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan berita
- Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar (Wisma Putra) memaklumkan bahawa keputusan itu disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Menteri Luar China, Wang Yi, semasa perbualan telefon dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah pada Rabu.
- Sebelum ini, kerajaan China juga telah menyumbangkan 500,000 dos vaksin Sinovac untuk membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Malaysia pada Julai 2021.
- China menunjukkan solidariti dengan Malaysia dengan menyumbangkan bekalan peralatan perubatan seperti topeng pelitup muka, peralatan pelindung diri (PPE) dan ventilator, selain menghantar sepasukan pakar kesihatan dari Guangzhou untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam rawatan pesakit dan pengurusan data.
- Malaysia juga telah menyumbang wang tunai US$1 juta, 18 juta sarung tangan getah dan 15 tan barang makanan ke China semasa wabak mula menular di Wuhan.
- Kedua-dua Kerajaan telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dalam Pembangunan dan Aksesibiliti Vaksin dan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama dalam Era Pasca-COVID-19 masing-masing pada 18 November 2020 dan 1 April 2021. Kerajaan China juga telah meletakkan Malaysia dalam senarai keutamaan penerima vaksin buatan China pada Oktober 2020.
- Malaysia dan China juga akan terus mengembangkan kerjasama dua hala ke bidang baharu, terutama dalam teknologi dan industri baharu, misalnya ekonomi digital dan keselamatan siber, untuk manfaat bersama demi rakyat kedua-dua negara.
Malaysia dan China telah bekerjasama sejak tercetus wabak COVID-19.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih