TERKINI: Lebih 700 ribu individu telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 di Sabah

Kadar Vaksin di Sabah Meningkat

Lebih 33 ribu orang menerima dos kedua vaksin COVID-19 di Sabah semalam menjadikan keseluruhan 730,603 orang atau 26.9 peratus telah lengkap dua dos vaksin di negeri itu. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata bagi dos pertama, 21,466 orang menerima suntikan vaksin hari ini menjadikan jumlah kumulatif 1.37 juta setakat ini.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

Intipati kenyataan Datuk Masidi Manjun

  • Peratusan penduduk dewasa negeri Sabah yang telah diberi vaksin sekurang-kurangnya satu dos mencatat 50.3 peratus.
  • Jumlah kes positif COVID-19 di negeri tersebut kekal di tahap tinggi iaitu 2,651 kes, menyaksikan penurunan 87 kes berbanding 2,738 yang dicatat semalam.
  • Jumlah kes hari ini, 447 adalah keputusan tertunggak melebihi lima hari, 364 kes tertunggak antara empat hingga lima hari manakala 936 merupakan kes tertunggak antara dua hingga tiga hari.
  • “Ini bermakna hampir 66 peratus kes harian iaitu 1,747 kes didaftar selepas dua hari keputusan saringan diperoleh, penjelasan ini perlu difahami bagi mengelakkan tanggapan bahawa jumlah kes harian hari ini adalah kes yang dilaporkan berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu,”
  • Terdapat kluster baharu iaitu Kluster Cantawan di Lahad Datu yang merupakan kluster tempat kerja di Mukim Silabukan melibatkan 46 kes kumulatif dengan kes indeks merupakan pekerja lelaki di ladang kelapa sawit berusia 24 tahun yang disahkan positif di sebuah klinik swasta pada 16 Ogos.

(Sumber: Awani News)

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment