TERKINI: Muhyiddin umum SOP baharu bagi individu vaksin lengkap ~ Inti pati kemudahan yang diberikan

SOP Baharu: Individu vaksin lengkap

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran sekatan bagi individu lengkap vaksin sepenuhnya terhadap Covid-19.

“Namun demikian, jangan kita mudah lupa dan terleka. Saya berharap agar SOP dan peraturan yang telah ditetapkan dapat dipatuhi sebaik mungkin dan semua usaha menambahbaik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan,” katanya.

Malaysiakini

Beberapa kemudahan untuk individu yang lengkap pengambilan vaksin adalah seperti di bawah.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Inti pati berita SOP baharu bagi individu yang mempunyai vaksin lengkap:

  • Pengembara warga negara dan rakyat asing yang pulang atau tiba dari luar negara serta sudah mendapat vaksin lengkap dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah
  • Mereka kemudian akan diberikan perintah pengawasan di rumah (HSO) digital oleh Kementerian Kesihatan (KKM)
  • Dibenarkan merentas daerah dibenarkan di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN)
  • Dibenarkan solat di masjid dan surau bagi umat Islam manakala
  • Penganut bukan Islam pula boleh menghadiri rumah ibadat
  • Akses untuk masuk ke masjid atau surau juga akan bersandarkan kepada sijil digital vaksin COVID-19 dan ia akan disemak oleh pengurusan masjid
  • Aktiviti dine-in atau makan dalam premis restoran dibenarkan di negeri dalam Fasa 2 PPN
  • Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan
  • Pasangan suami isteri jarak jauh yang sudah dapat vaksin lengkap, boleh rentas daerah atau negeri, untuk bertemu dengan pasangan masing-masing
  • Ibu bapa yang dapat vaksin lengkap juga dibenarkan merentas daerah dan negeri, untuk berjumpa dengan anak berumur bawah 18 tahun
  • Kesemua kemudahan yang diumumkan hari ini akan mula berkuatkuasa pada SELASA, 10 OGOS 2021.

Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang lengkap vaksinasinya apabila memenuhi kriteria tertentu. Kriteria tersebut adalah seperti di bawah:

  • Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
  • Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Johnson & Johnson dan CanSino, individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan,” katanya.

Pada akhir ucapan beliau, PM menegaskan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kemudahan-kemudahan yang telah diberikan sekiranya berlakunya ketidakpatuhan terhadap garis panduan serta SOP-SOP yang telah ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web Pejabat Perdana Menteri di sini.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

 

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment