Usah manipulasikan cadangan cagar KWSP

Usah manipulasikan cadangan cagar KWSP

Usah manipulasikan cadangan cagar KWSP – KSWP sekali lagi diangkat dan ditambah nilai sepertimana hartanah kekal iaitu rumah atau tanah yang setakat ini layak untuk kolateral di bank bagi sebarang pinjaman.

Namun sesetengah pihak memperlekehkan cadangan ini dengan memanipulasikan keadaan dan memberi gambaran salah serta kekeliruan.

Seharusnya kita terlebih dahulu memberi peluang KWSP dan bank-bank untuk memperhalusi dan memperincikan kaedah pelaksanaan cadangan ini termasuk kadar faedah yang akan dikenakan berbanding mengutarakan pandangan-pandangan yang membawa lebih banyak kekeliruan.

Kadar faedah di paras yang rendah daripada pihak bank bagi cagaran pinjaman peribadi itu adalah wajar supaya matlamat asal membantu meringankan bebanan rakyat daripada segenap lapisan masyarakat tidak tersasar.

Peluang ini juga perlu dimanfaatkan oleh bank untuk sama-sama membantu memulihkan ekonomi negara. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bank-bank juga perlu menunaikan tanggungjawab sosial korporat mereka kepada masyarakat dan negara.

Anwar memperlihatkan keikhlasan dalam memikirkan kemaslahatan rakyat Malaysia melalui hari-hari tua. Beliau tidak mahu rakyat menderita kemudian hari bahkan menyelamatkan negara daripada berdepan masalah ekonomi yang lebih buruk.

Usah manipulasikan cadangan cagar KWSP

Anwar mempunyai pengetahuan tinggi dan pengalaman yang banyak dalam mentadbir negara khususnya perihal ekonomi. Beliau memegang beberapa jawatan kabinet pada tahun 1980-an hingga 1990-an serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada tahun 1990-an.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pada Mac 1998, Anwar dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa dari Mac hingga September 1998.

Beliau juga mempunyai hubungan akrab dengan negara-negara yang terbukti pemimpin-pemimpin negara itu dapat mengembalikan keselesaan ekonomi negara masing-masing seperti Turkiye dan Indonesia.

Anwar mencadangkan kepada pencarum yang mempunyai peluang dan memberikan contoh kes spesifik: “Ada seorang yang merayu kepada KWSP, dia mempunyai RM1 juta (dalam KWSP) tetapi terikat dekat situ. Dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM180,000 hingga RM200,000.

“Oleh itu, kita buat kolateral, dia tidak keluarkan daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP itu sebagai cagaran,” katanya ketika sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.

KWSP merupakan simpanan hari tua. Prinsip Anwar ialah tidak membenarkan simpanan hari tua ini diusik atau dikeluarkan.

Usah manipulasikan cadangan cagar KWSP

Sekiranya kebenaran pengeluaran ini terus diberikan sekali lagi akan menyebabkan aset KWSP terjejas dan menyebabkan pengurangan kadar faedah.

Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai persaraan.

Kaedah mencagarkan KWSP masih dilihat mampu mengekalkan simpanan persaraan dalam kantung KSWP dan pada masa sama badan itu dapat terus menjana keuntungan melalui asas kewangan yang kukuh.

Langkah bernas itu juga akan mampu mewujudkan aliran tunai KWSP yang lebih baik. Cadangan boleh diumpamakan seperti anda mempunyai sekilogram emas dalam simpanan dan diberi sekilogram lagi pinjaman emas dengan membayar sedikit faedah.

Sekilogram emas yang anda miliki dalam simpanan tidak terjejas malah kekal menjana nilai tambah daripada faedah setiap tahun.

Perlu ditekankan, cadangan cagaran ini hanya untuk mereka yang terdesak dan mempunyai wang yang mencukupi dalam KWSP.

Usah manipulasikan cadangan cagar KWSP

Usah manipulasikan cadangan cagar KWSP

Usah manipulasikan cadangan cagar KWSP

Semak Juga: Pengeluaran KWSP: ‘Rakyat nak sekarang, bukan 15 tahun lagi’

Baca Juga: Kemas kini maklumat peribadi STR sebelum 31 Mac

CADANGAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan mengundang pelbagai reaksi.

Ada yang memberi maklum balas positif namun tidak kurang juga yang tidak bersetuju terhadap cadangan Anwar ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.

Sebahagian pula melontar pandangan hanya selepas melihat cadangan terhadap isu hangat itu secara luar konteks, sedangkan idea yang tercetus dengan menambah fungsi dan kelebihan KWSP itu ialah satu langkah bijak dalam keadaan ekonomi yang mendesak ketika ini.

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Usah manipulasikan cadangan cagar KWSP

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment