Pemuda UMNO kecewa pengeluaran i-Citra KWSP one-off RM10k ditolak

Pemuda UMNO kecewa pengeluaran KWSP one-off RM10k pengeluaran i-Citra KWSP ditolak

Pemuda Umno tidak berpuas hati kerana bajet 2022 tidak memasukkan permintaannya untuk membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran one-off sebanyak RM10,000 setiap seorang di bawah skim i-Citra, kata ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita KWSP

  • Pemuda Umno kecewa beberapa tuntutan yang telah diperjuangkan bagi pihak rakyat tidak dipenuhi, walaupun diakui ada antaranya termasuk moratorium tanpa riba untuk kumpulan B40 telah ditunaikan.
  • “Kami akan mengkaji cadangan bajet dan laporan ekonomi secara terperinci dan membangkitkan perkara sewajarnya,” katanya dalam catatan Facebook.
  • Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz semalam mengumumkan peruntukan RM332.1 bilion untuk bajet 2022. Ia adalah bajet terbesar dalam sejarah negara.
  • Mengulas mengenai pengenalan cukai dan duti eksais baharu bagi membiayai perbelanjaan besar yang diunjurkan, Asyraf berkata ini sudah pasti akan memberi kesan kepada iklim perniagaan dan harga pengguna pada masa hadapan.
  • “Justeru, kami akan mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan bajet dan pelaksanaannya kepada kerajaan dan ahli Parlimen.
  • “Kami mahu manfaat sebenar bajet itu sampai kepada rakyat dan menjadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi negara,” katanya.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment