Ujian Memandu Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia
Ujian Memandu Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.
Pelaksanaan bantuan lesen memandu ini akan dijalankan pada tahun ini dan akan dilaksanakan bagi membantu rakyat khususnya daripada golongan belia kerana menurutnya, belia ini antara individu yang akan membantu dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam pengangkutan awam. Sektor.
Ujian Memandu Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Denganitu, Kerajaan Perpaduan mengumumkan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dengan menyediakan kemudahan mengambil ujian memandu secara percuma dalam pembentangan bajet 2023.
Semak Juga: Kategori Yang Menerima Bayaran Bantuan STR RM3100
Baca Juga: Bantuan Kredit EWallet RM200 Untuk B40
Jenis Bantuan Lesen Memandu
Dalam pembentangan tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa ujian memandu percuma ini hanya akan diberikan kepada beberapa jenis ujian sahaja iaitu;
– Lesen Motorsikal B2
– Lesen teksi
– Lesen Bas
– Lesen e-hailing
Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Ini kerana, kerajaan berharap dengan menawarkan lesen memandu percuma, ia sekali gus dapat membuka tawaran pekerjaan kepada golongan muda, dan seterusnya membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.
Permohonan dan syarat kelayakan bagi mengambil lesen memandu secara percuma belum lagi dimaklumkan.
Menteri Pengangkutan telah menyatakan dalam masa terdekat beliau akan mengumumkan secara terperinci syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan lesen percuma ini dan juga bagaimana permohonan untuk mendapatkannya boleh dibuat.
Segala maklumat terkini berkenaan cara memohon dan syarat kelayakan untuk bantuan ujian memandu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.