Apa itu MySalam
mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Siapakah yang layak untuk MySalam?
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Manfaat & Jumlah Tuntutan MySalam Covid-19
- Pembayaran elaun hospitalisasi adalah sebanyak RM50 untuk satu malam.
- Terhad untuk 14 hari setahun sahaja (Maksimum RM700)
- Contoh : Kuarantin 10 hari (RM50 x 10), anda akan dapat RM500.
Mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun. Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat Penyakit Kritikal.
–>Sila baca Apa maksud status BPR Fasa 2 anda? – dan cara semakan keputusan
Dokumen Yang Diperlukan Bagi Tuntutan MySalam Covid-19
Berikut adalah dokumen yang diperlukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan berkaitan tuntutan MySalam Covid-19 :
Jika anda positif Covid:
- Nota discaj yang mengesahkan diagnosis
- Salinan IC depan belakang
Jika anda disyaki Covid atau sedang kuarantin di Pusat Kuarantin :
- Surat perintah isolasi yang dikeluarkan KKM
- Salinan IC depan belakang
Jika anda disyaki Covid atau sedang kuarantin di kediaman sendiri :
- Surat perintah isolasi yang dikeluarkan KKM
- Salinan IC depan belakang
Proses Tuntutan MySalam Covid-19
Cara-cara untuk menuntut claim ini boleh dibaca di sini.
Maklumat Lanjut
Bagi penerima manfaat mySalam, maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my dengan melog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Anda juga boleh e-mel kami di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021