Tuntut Wang IC – Semakan Secara Online Wang Tak Dintuntut
Tuntut Wang IC – Semakan Secara Online Wang Tak Dintuntut. Tahukah anda jumlah wang tak dituntut (WTD) setakat Mac 2023 adalah berjumlah RM11 bilion dan akan meningkat saban tahun.
(Tuntut Wang IC)Jika dahulu anda kena beratur di kaunter untuk membuat semakan, kini anda boleh menyemak secara online sahaja. Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan permohonan dan tuntuan Wang Tak Dituntut (WTD) secara online.
Cara Membuat Semakan WTD Online. Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan wtd online:
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor
pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika perlu.
Semak sini: Bantuan STR Fasa 4, Tarikh STR Fasa 4 Telah Diumumkan
Semak juga: 138 KEKOSONGAN JURURAWAT GRED U41 OGOS 2023
Cara Membuat Tuntutan WTD
Tuntut Wang IC (WTD) boleh dituntut melalui tiga (3) cara iaitu:Online
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan” Tuntut Wang IC
Langkah 3 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. MaklumatDiri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan
Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD. *Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.
Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak secara terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Tuntut Wang IC
Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak melalui pos di alamat:
1. Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
2. Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia
4. Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
5. Kompleks Kementerian Kewangan,
6. No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594, Putrajaya
Juga menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55 atau menghubungi pejabat di talian 03-2056 8000
Keratan Akhbar 13 April 2023
Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di [email protected]
Sebarang Maklumat Lanjut pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:
Soalan Lazim (FAQ)
Tuntut Wang IC : Apakah Maksud Wang Tak Dituntut (WTD)?
WTD ditakrifkan sebagagi wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya, tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa lebih setahun dan wang dalam kredit sesuatu akaun telah tidak dikendalikan mempunya dengan apa cara sekali pun dalam tempoh lebih 7 tahun
Ia juga ditakrifkan sebagai wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga dalam satu tempoh masa lebih dua tahun. Tuntut Wang IC
Cara Menuntut Wang Tak Dituntut (WTD)?
Tuntutan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan melalui portal eGUMIS, kaunter JANM di seluruh negara atau melalui mel yang dihantar terus ke pejabat WTD Putrajaya
– Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan WTD?
– Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut (WTD)?
Individu dan syarikat / firma
Tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD
Adakah sebarang caj dikenakan bagi setiap permohonan WTD?