[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu – “Kita Pula Sedih Tengok…”

[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu – “Kita Pula Sedih Tengok…”

Janna yang memuat naik paparan skrin perkongsian Fikry di Instastory memuji sikap aktor itu yang sentiasa mengutamakan ibunya dalam semua perkara termasuklah mengetepikan karier seni.

“Dia ni… memang sungguh anak yang baik. Sanggup tolak semua job sebab nak jaga mak. Kita pula sedih tengok video ni,” kata Janna.

Perkongsian video di Twitter memperlihatkan pelakon Fikry Ibrahim membawa ibunya bercuti di Pulau Langkawi turut menarik perhatian selebriti terkenal Janna Nick.

@afikryaibrahim♬ original sound – afikryaibrahim

Rata-rata netizen turut memberi pujian kepada Fikry dan menganggap aktor itu seorang anak yang baik terhadap ibunya.

Terdahulu, Fikry memuat naik video sepanang dia dan ibunya bersiar-siar di Pulau Langkawi menerusi akaun TikTok miliknya.

Komen Netizen :

13 300x238 1

“Kagum dengan layanan awak pada ibu. Semoga syurga buat awak dan semoga ibu awak sihat dan dilindungi Allah SWT dunia dan akhirat. Amin.

“Bahagia saja tengok awak layan insan yang teristimewa maacm tu… semoga Allah murahkan rezeki mu dik dan syurga la tempat mu nanti.

“Beruntungnya ibu dia… semoga anak saya nanti pun layan saya macam ni juga bila saya dah tua nanti,” komen beberapa netizen.

Sumber : https://gempak.com/

Leave a Comment