Tolak kerja demi jaga mak ayah OKU, gadis kampung minat bisnes sanggup jual pekasam hasil memancing ikan di belakang rumah
RAKAMAN memaparkan seorang gadis sedang memancing ikan di kawasan sawah di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah meraih puluhan ribu tontonan menerusi aplikasi TikTok.
Menurut Noor Shahida Zolkifli, 23, dia tak pernah menyangka dirinya akan menjadi perhatian ramai, namun menganggap ia sebagai satu rezeki yang tak diduga.
Saya pun dah terbiasa sejak kecil walaupun tak minat sangat. Ditambah dengan musim pandemik, tak boleh nak pergi ke mana-mana… jadi saya buat aktiviti di sekitar rumah saja. “Sekarang musim memancing, sebab itu saya hasilkan video untuk tunjuk suasana kampung.
“Biasanya saya akan memancing dengan ayah dan jiran-jiran di kawasan sawah di belakang rumah. Biasanya akan dapat ikan puyu, sepat, lampam dan macam-macam lagi.
mereka teringat kampung masing-masing bila tengok video saya,” ujarnya kepada mStar. “Ramai orang luar yang komen video saya di TikTok. Ada juga anak perantau yang luah rasa rindu,
Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia juga kini menghasilkan pekasam daripada ikan-ikan yang dipancing di belakang rumahnya.
Malah, ikan pekasam itu turut dijual atas permintaan ramai selepas dia berkongsi mengenai perkara itu menerusi media sosial miliknya.
Disebalik video-video keindahan suasana kampung yang dikongsi, siapa sangka Ardida turut menyimpan kisah tersendiri.
Ujar Ardida, dia enggan berkelana jauh dari kampung memandangkan kedua ibu bapanya merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah.
ARDIDA
“Mak umur 56, ayah pula 52 tahun. Mereka berdua merupakan OKU pendengaran dan percakapan. Abang saya dah kahwin dan menetap di Kulim. Jadi saya pilih untuk berniaga sebab nak duduk rumah dengan mak ayah.
“Ada juga dapat tawaran kerja di mall, tapi saya tolak. Kalau berniaga, saya tak terikat dengan masa dan sentiasa boleh jaga mak ayah. Impian saya tentunya nak bawa mereka ke Makkah.
“Saya juga sedang berusaha nak belikan kereta untuk ayah, tapi impian belum tercapai lagi,” ujarnya.
Menurut Ardida, dia mula berniaga kasut dan pakaian sejak empat tahun lalu.
Ardida kemudiannya mula mengusahakan perniagaan bundle sejak setahun lalu, selain menjadi runner di sekitar kampugnya.
Sejak dua minggu lalu, Ardida turut membuka gerai burger di hadapan rumah untuk menambah lagi duit poketnya.
“Saya memang minat berniaga. Selain itu saya jadi runner, tolong orang tua beli barang di sekitar kampung ini. Saya hanya ambil caj penghantaran (COD) sebanyak RM3 ke RM5 saja.
“Sebelum ini saya selalu buat live berniaga di Instagram. Kini, saya buka gerai burger depan rumah untuk berniaga malam-malam dengan ayah,” jelas Ardida yang turut mengelarkan dirinya sebagai ‘Gadis Kampung’ menerusi TikTok.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.