Tol Rahmah Pecuma Sempena Hari Raya Aidilfitri Bermula Esok

Tol Rahmah Pecuma Sempena Hari Raya Aidilfitri Bermula Esok

Tol Rahmah Pecuma Sempena Hari Raya Aidilfitri Bermula Esok – Tol Rahmah percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya bermula esok hingga Jumaat dan pada 24 April ini sempena sambutan Aidilfitri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pemberian tol percuma itu membabitkan 33 lebuh raya utama negara.

Tol Rahmah Pecuma Sempena Hari Raya

“Kerajaan bersetuju melaksanakan tol Rahmah percuma iaitu pengecualian tol selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih, bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu Rahmah pada kadar diskaun khas.

Katanya, ia antara ikhtiar bagi menghargai sumbangan pengusaha Menu Rahmah yang sama-sama menjayakan aspirasi MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

“Kerajaan cakna dan prihatin dengan kos pengeluaran yang perlu ditanggung pengusaha bagi mendapatkan bekalan bahan mentah.

“Melalui ikhtiar ini, diharapkan dapat memberi kelegaan kepada pengusaha dan seterusnya memastikan kelangsungan pelaksanaan Menu Rahmah yang memberi manfaat besar khususnya kepada rakyat yang kurang berkemampuan,” katanya.

Tol Rahmah Pecuma Sempena Hari Raya

Sumber : Berita Harian Online

Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Semak Juga: Kerja Kosong Segera Terkini Di Bank Islam 2023

Mohon Juga: Permohonan Bantuan i-Fitri RM300 One-Off

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Tol Rahmah Pecuma Sempena Hari Raya Aidilfitri Bermula Esok

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment