Tips Penting Sebelum Menjawab Soalan SPA Online!

Wajib Baca: Cara Nak Cemerlang Peperiksaan SPA Online

Apa itu Soalan SPA Online?

Peperiksaan SPA Online adalah satu Sukatan peperiksaan merangkumi pengetahuan am, penyelesaian masalah dan ujian psikometrik bagi mereka yang telah memohon jawatan di laman web rasmi SPA.

Calon hendaklah mendaftar melalui Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) di pautan www.spa.gov.my. Sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon, calon-calon yang memenuhi syarat dan asas tapisan akan dipanggil menduduki peperiksaan yang berkaitan, secara online (dalam talian).

Screenshot 236

Tips Sebelum Menduduki Peperiksaan

Tips #1: Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui SMS, emel dan paparan Portal SPA sahaja. Oleh itu, calon hendaklah peka akan hal ini kerana ramai yang tertinggal pengumuman menduduki peperiksaan.

Tips #2: Mendapatkan lokasi untuk menduduki peperiksaan dengan sambungan Internet yang laju. Ini penting bagi memastikan calon bersedia untuk membeli data atau mendapatkan capaian WiFi pada tarikh penting ini.

Tips #3: Calon yang dipanggil menduduki peperiksaan SPA online boleh membaca panduan dengan teliti mengenai peperiksaan melalui tiga cara iaitu:

  1. Pautan melalui emel panggilan menduduki peperiksaan,
  2. Pautan melalui Portal SPA dan
  3. Video Panduan Peperiksaan Online SPA melalui www.youtube.com

Tips #4: Membaca manual pengguna. Sila tekan di sini.

Tips #5: Mengulangkaji subjek yang hendak dijawab. Secara amnya, tiada buku rujukan khusus bagi peperiksaan di SPA. Walau bagaimanapun, calon boleh merujuk panduan peperiksaan di bawah menu sukatan mengikut skim jawatan yang berkenaan. Calon juga boleh menyemak semula soalan-soalan SPM dan peperiksaan awam yang lain-lain.

Screenshot 238

Tips Ketika Menduduki Peperiksaan

Tips #1: Tenangkan minda dan duduk dalam keadaan yang selesa bagi menjawab soalan dengan efektif.

TIps #2: Tandakan ‘flag’ dan berpindah ke soalan lain jika tidak dapat menjawab soalan yang sedang dijawab. Jangan segan menggunakan feature ini kerana, ianya amat berguna bila anda buntu dengan soalan yang agak susah.

Tips #3: Sediakan kertas kosong dan pen di sebelah anda. Kadang-kadang, terdapat soalan yang memerlukan pemahaman dan cara kira yang telilti. Oleh itu, lebih baik jika bersedia untuk apa-apa situasi.

Tips #4: Fokus soalan dan baca dengan teliti, terutamanya frasa-frasa yang tidak biasa digunakan. Baca soalan dengan perlahan-lahan dan cuba ikuti arahan soalan.

Screenshot 237

Tips Selepas Menduduki Peperiksaan

Tips #1: Selepas menduduki peperiksaan, calon bolehlah menghembus nafas yang dalam dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Ingat, stress atau tekanan perasaan yang berlebihan tentang peperiksaan yang telah diduduki tidak boleh membantu keputusan yang telah dibuat.

Tips #2: Kekal peka akan SMS, emel dan paparan portal SPA bagi apa-apa pengumuman yang dibuat. Calon hendaklah bersedia akan keputusan yang diberi oleh pihak SPA.

960x0login spa9 logo

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah:

–>Sila hubungi HOTLINE SPA di 03-8091 9000 untuk membuat pertanyaan, ATAU

–>Hantarkan aduan baharu di dalam ePertanyaan, ATAU

–>Sila klik sini untuk senarai lengkap HOTLINE SPA.

 

Selamat Maju Jaya!

Baca juga: Pengambilan Terbaharu 2021: Tenaga Nasional Berhad (TNB)!!

Leave a Comment