TikToker Menangis Dihina Hanya Kerana Makan Nasi Putih, Tempe Goreng & Sayur “Miskin Tak Payah Nak Mukbang!”
Menerusi TikTok miliknya, Anggik sendiri mendedahkab tangkap layar komen seorang individu yang telah menghina dan melabelkan dirinya sebagai orang miskin kerana hanya mampu membuat video mukbang makanan biasa-biasa sahaja.
Seorang TikToker dikenali sebagai Anggik Maem telah menjadi mangsa buli siber hanya kerana dia menghasilkan konten video makan makan kampung.
“Miskin tak perlu nak mukbang!” tulis individu tersebut.
Video tersebut merakamkan Anggik sedang menikmati nasi putih, tempe goreng dan juga sayur.
“Satu datang, sejuta sampai belakang support bang. Kata-kata dia itu akan jadi sebab kenapa abang berjaya satu hari nanti! Salam Dari Malaysia,” – @shah
Dalam pada itu, ruangan komen di video tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada netizen Malaysia.
“Sebenarnya saya lagi suka mukbang yang macam ni daripada makanan mahal mahal tu, keep going,” – @Monarchfyae
“Orang susah pun boleh buat mukbang, jangan dengar kata orang lain bang, buat sahaja mukbang, tu tempat kamu cari rezeki,” – @Izzah Syahira
“Makanan yang paling sedap paling nikmat ialah makanan yang sederhana… Biarkan yang menghina ntah ntah makan mewah pun minta orang belanja kan,” – @nss
Sumber: gempak