Tiada Penawar Untuk Sembuh, Ibu Aqil Masih Harapkan Keajaiban Walau Anak Hidap Peny4kit Yang Jarang Ditemui
Tiada lagi penawar untuk sembµh, seorang ibu masih harapkan keajaiban dan terus berdoa tanpa henti. Ibu kanak-kanak itu, Ros Asroini Muhammad bercerita panjang lebar.
Ujarnya, tulang belakang yang membengk0k dan benj0lan sebesar bola golf pada bahagian belakang kepala membuatkan anak tersayang, Mohd Aqil Aqmar Nordin atau Aqil hanya mampu terbaring mengiring.
Lebih menyedihkan, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu bukan sahaja disahkan menghidap peny4kit genetik jarang jumpa, Juvenile hyline fibr0matosis, bahkan turut menderita ketumbµhan pada gusi dan mulut.
Keadaan tersebut membuatkan mulut Aqil semakin hari semakin membengk4k. Bayangkan, bagaimana si kecil itu makan dan minum, apatah lagi mahu ‘berb0rak’ bersama mak ayah tercinta.
Ros Asroini memberitahu, kondisi anak syurga beliau itu menyebabkan satu pembedahan terpaksa dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada April lalu bagi ‘membuang’ gusi yang membengk4k.
“Jika dibiarkan, keadaan Aqil dikhuatiri akan menjadi lebih terµk. Sebelum ini pun, Aqil sudah menjalani pembedahan menebuk leher untuk saluran pernafasan dan perut (saluran makanan) pada 19 September tiga tahun lalu.
“Jika diikutkan, sudah dua kali Aqil berdepan prosedur pembed4han. Pada masa sama, kedua-dua tangannya masih tidak boleh diluruskan, manakala jari tangan dan kaki bengk0k,” cerita ibu berusia 41 tahun itu.
Suri rumah itu terus berkongsi rasa pilµnya yang sµkar untuk dibendung lagi.
Jika dibiarkan, keadaan Aqil dikhµatiri akan menjadi lebih terµk. Sebelum ini pun, Aqil sudah menjalani pembed4han menebuk leher untuk saluran pernafasan dan perut (saluran makanan) pada 19 September dua tahun lalu.
Ujar dengan nada penuh sebak, mereka sekeluarga tidak menduga anak bongsu daripada tiga beradik itu diuji mµsibah cukup besar, sedangkan sepanjang kehamilan, tiada sebarang masalah timbul dan tiada alahan yang terµk terjadi.
“Berbanding dua anak yang lain, mengandungkan Aqil cukup mudah. Walaupun dilahirkan secara pembed4han dan beratnya cuma 2.2 kilogram, namun semuanya dipermudahkan.
“Semasa lahir, Aqil cukup sifat dan normal. Namun, ketika usianya tiga bulan, saya dan suami mulai perasan jari tangannya tidak mampu menggenggam apa-apa dan semakin membengk0k dari hari ke hari,” katanya yang menetap di P59, Felda Ulu Jempol, Jengka, Pahang.
Tidak mahu terus diselubungi tanda tanya, Ros Asroini merujuk seorang pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Pahang.
Namun, beliau menerima perkhabaran yang memeranjatkan apabila doktor mengesahkan si kecil itu menghidapi penyakit genetik jarang jumpa yang menyebabkan tisu kulitnya tidak sempurna, benjolan pada kepala, telinga dan dada selain muncul ketumbuhan.
“Saya dan suami memang terkejµt dan terpinga-pinga sebab tidak tahu apa sebenarnya peny4kit yang dialami Aqil. Selepas doktor jelaskan, saya hanya mampu terdiam dan termenung panjang. Sedih memang sedih, namun saya kena reda dengan ketentuan takdir. Saya perlu kuat demi Aqil dan menjaganya penuh kasih tanpa membeza-bezakan dengan anak yang lain,” katanya.
Terkini, ujar suri hati kepada Nordin Jasni, 41, itu, keadaan putera bongsunya semakin baik dan sudah pandai ‘berbual’.
“Jika sebelum ini bengk4k pada mulut membuatkannya susah untuk bercakap, kini Aqil sudah banyak nak bersembang, tetapi dengan bahasa dialah. Saya yang selalu di sampingnya faham apa yang dikatakan berbanding orang lain.
“Sekarang ini, Aqil masih bergantung kepada tiub. Hanya makan biskut, roti dan mi sahaja kerana kurang gemar makan nasi,” katanya sambil memberitahu anaknya juga masih bergantµng kepada mesin penyedut kahak.
Meskipun tidak mampu berjalan waima berlari seperti kanak-kanak lain, namun Ros Asroini sentiasa mendoakan keajaiban buat anaknya.
“Doktor pun kata, peny4kit Aqil ini sudah tiada penawarnya dan akan cacat seumur hidup. Namun, siapalah kita mahu menidakkan ketentuan Ilahi? Cuma saya mengharapkan Aqil diberikan kesembuhan dan s4kitnya tidak bertambah kritikal.
“Bukan apa, ketumbuhan pada gusi dan mulutnya tetap akan muncul walaupun sudah dibuang. Begitu juga benj0lan yang semakin hari semakin membesar.
“Namun, saya tidak pernah berhenti berharap satu hari nanti Aqil tidak perlu menanggung s4kit lagi,” katanya yang sudah menitiskan air mata.
Menyentuh tentang kos rawatan yang berterusan, wanita tabah itu memang runsing. Masakan tidak, berapa sangatlah gaji suaminya yang berkerja sebagai burµh binaan kampung.
“Pendapatan suami pun tak menentu. Saya pula tidak bekerja kerana menguruskan anak-anak dan hanya bergantung kepada suami semata-mata.
“Kadang-kadang, kalau ada temu janji rawatan di HKL, kami terpaksa berulang alik. Pada saat betul-betul tersepit nak menanggung semuanya, adakalanya tiba-tiba Allah datangkan insan berhati mulia membantu meringankan beban kami,” tuturnya penuh kesyukuran.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.
Sumber: Kisah Masyarakat