Rakyat Masih Tertunggu Tarikh Pengumuman Bayaran BKC & GKP Fasa 2
Kini kita sudah di pertengahan bulan November, namun belum ada lagi khabar berita mengenai pengumuman tarikh bayaran dua bantuan yang diumumkan sebelum ini iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk fasa 2.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan November 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Intipati kenyataan berita
- Dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Jun yang lalu, kedua-dua bantuan yang diumumkan ini merupakan antara bantuan buat rakyat yang terkesan dengan Pandemik Covid-19 serta memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.
- Sebagai makluman, BKC dibayar secara 3 fasa iaitu pada bulan September, November dan Disember.
- Bantuan ini diberikan kepada kategori rakyat yang miskin tegar, B40 dan M40 berdasarkan kelayakan masing-masing yang ditetapkan.
- Sementara itu, GKP pula dikhususkan kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil.
- GKP pula di bayar secara 2 fasa iaitu pada September (RM500) dan November (RM500).
- Walaupun masih berbaki kira-kira 15 hari lagi bulan November, sekurang-kurangnya Kerajaan perlu memberi bayangan tarikh pembayaran sebenar bagi kedua-dua bantuan ini.
- Untuk makluman, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) pada tahun hadapan bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.
- Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
- Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih