ISU SEMASA: Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Pelan Pemulihan Negara Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara rasmi dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat, Jemaah Menteri bersetuju Tengku Zafrul memikul tanggungjawab untuk

  • memantau pelaksanaan strategi dan bantuan
  • serta mengambil langkah intervensi yang proaktif dan bersesuaian dengan situasi pandemik COVID-19 yang sangat dinamik.

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

Penyelarasan Usaha PPN

“Bagi memastikan kelancaran pelan pemulihan ini, agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Nasional (Laksana) di bawah Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai Sekretariat kepada JKKPPN untuk menyelaraskan usaha-usaha kementerian serta agensi yang terlibat secara langsung dengan pelbagai aspek berkaitan PPN,” jelas kenyataan itu.

  • Mesyuarat pertama itu turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri; Menteri Kanan Luar Negeri; Menteri Kanan Kerja Raya; Menteri Kanan Pendidikan; Menteri Kewangan; Menteri Sains dan Teknologi dan Menteri Kesihatan. Turut serta, Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Kesihatan.

JKKPPN berfungsi memantau pelaksanaan strategi dan bantuan di bawah PPN bagi memastikan Malaysia mampu keluar daripada kemelut COVID-19 secara berfasa dan sistematik, mengambil kira kehadiran varian baharu yang lebih ganas.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

–> Sila baca Permohonan GKP 4.0 Pakej PEMULIH RM1,000 ~ cara dan tarikh memohon

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment