TERKINI: Jawatan Kosong Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) ~ Lulusan SPM Layak Memohon!

Jawatan Kosong 2021 Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)

Jawatan Untuk Dimohon Secara Online

Bagi Rakyat Malaysia yang ingin bekerja dengan agensi kerajaan, bolehlah memohon jawatan di Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) ini sebagai jawatan di bawah di lokasi ditetapkan melalui cara yang ditetapkan. Sila baca artikel lebih lanjut untuk mengetahui syarat-syarat dan cara memohon jawatan kosong ini.

Jawatan kosong yang tersedia dan lokasinya adalah seperti yang berikut:

  1. Kerani Kontrak (Call Management Centre)

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

M'sian Govt: Tenaga unit Sabah Electricity 'on the verge of insolvency' |  The Edge Markets

Syarat Lantikan Jawatan

Para calon yang hendak mengisi jawatan sebagai Kerani Kontrak (Call Management Centre) hendaklah membaca syarat-syarat lantikan jawatan dengan teliti seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  4. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  5. Mahir menggunakan komputer (Microsoft Word, Excel, Powerpoint);
  6. Boleh bekerja dalam bidang tugas yang perlu beroperasi secara berterusan;
  7. Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang khidmat pelanggan

Bidang Tugas

  • Menerima aduan kerosakan daripada pelanggan melalui talian Careline SESB;
  • Memancang aduan yang diterima di dalam sistem (eComs);
  • Memantau serta membuat susulan ke atas aduan pelanggan melalui panggilan telefon dan mengemaskini di dalam sistem;
  • Menghantar emel peringatan kepada CSE setiap Zon untuk mengemaskini aduan di dalam sistem;
  • Menghubungi semula pelanggan untuk mendapat maklumbalas mengenai aduan yang dibuat; dan
  • Menyediakan laporan aduan secara mingguan.

Sila tekan link di sini untuk membaca syarat kelayakan bagi jawatan ini.

Sila tekan link di sini untuk mengetahui lebih banyak tentang SESB.

Cara-Cara Memohon

Anda perlu berdaftar sebagai pemohon di dalam sistem eRecruit sekiranya anda ingin memohon kekosongan jawatan yang diiklankan,

Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftar, sila Log Masuk ke dalam sistem.

Pemohon adalah di nasihatkan untuk membuat semakan status permohonan dari semasa ke semasa selepas tarikh tutup iklan. Pemohon yang disenarai pendek untuk proses temuduga akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan.

Berdasarkan Kod Tataamalan Perlindungan Data Peribadi untuk Sektor Ultiliti (Elektrik), sila maklum bahawa semua data peribadi pemohon yang direkodkan dalam sistem eRecruit hanya akan disimpan selama 24 bulan dari tarikh akaun diwujudkan. Selepas tempoh tersebut, akaun pemohon akan dilupuskan mengikut jadual pelupusan data peribadi. Pemohon yang masih berminat adalah dinasihatkan untuk membuat pendaftaran semula seperti mana proses pendaftaran kali pertama dibuat.

Jika memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Pentadbir sistem eRecruit melalui e-mel:[email protected] atau hubungi mereka di talian tetap 088-282 288/088-282 714/088-282221.

Sabah Electricity Sdn. Bhd. | LinkedIn

TERKINI: Jawatan Kosong Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) ~ Lulusan SPM Layak Memohon!

Lokasi kekosongan: Sabah

Tarikh tutup permohonan: 30 Jun 2021

–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran

Selamat maju jaya!

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment