Kenyataan Media Mengenai Pelantikan YAB Timbalan Perdana Menteri
YAB Perdana Menteri telah melantik YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Pelantikan ini akan dapat membantu YAB Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.
YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh YAB Dato Sri Ismail Sabri. Di samping itu, YAB Perdana Menteri bersetuju supaya YB Dato’ Seri Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.
Berikut adalah intipati kenyataan media tersebut secara ringkas:
- YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan
- YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.
- pelantikan ini akan meningkatkan keupayaan menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan
Kenyataan media penuh boleh dibaca di sini.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut berkenaan info terbaharu, sila layari laman web dan laman-laman web rasmi kerajaan yang sahih.
Jangan lupa layari laman web MyInfoKerja bagi info bantuan-bantuan kerajaan yang terkini.
–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran