Cara Daftar Vaksin AstraZeneca Buat Warga Emas Mulai 23 Mei, 12 Tengahari Hari Ini!

Vaksin AstraZeneca Pusingan 2 – Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sarawak atau Selangor

Pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca secara sukarela akan dibuka bermula 23 Mei ini untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata tempahan membabitkan 1.1 juta dos vaksin itu dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Selain itu, katanya, tempahan itu juga akan diberikan kepada kira-kira 25,000 individu yang berada dalam senarai menunggu selepas mendaftar ketika pusingan pertama tempahan vaksin AstraZeneca secara sukarela pada 2 Mei lalu.

–> Sila baca TERKINI: SOP PKP 3.0 Terkini Diperketatkan – berkuatkuasa 25 Mei 2021

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

Image

“Susulan sambutan menggalakkan pada 12 Mei lalu, kerajaan memutuskan untuk membuka semula tawaran untuk orang ramai menempah slot untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca.

Cara Mendafter Vaksin AstraZeneca 2.0 hanya bagi warga emas

Untuk membuat tempahan vaksin ini, sila ikuti langkah-langkah berikut pada 23 Mei 2021 hari ini:

  1. Layari laman web http://vaksincovid.gov.my.
  2. Pilih ‘Tempah Sekarang.’
  3. Baca terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  4. Pilih kad pengenalan atau passport.
  5. Isi butiran kad pengenalan/passport dan sahkan
  6. Masukkan tarikh lahir.
  7. Masukkan no telefon dan sahkan.
  8. Pilih negeri, PPV dan tarikh janji temu
  9. Klik pada banner ‘Tempahan AstraZeneca.’
  10. Klik butang ‘Hantar.’
  11. Mesej pemberitahuan akan dipaparkan setelah penghantaran berjaya.

Lokasi pemberian vaksin

Berikut adalah lokasi pusat pemberian Vaksin AstraZeneca 2.0 ini:-

Image

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai tempahan vaksin ini, sila hantar emel ke alamat [email protected]. atau laman web rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin 

–> Sila baca TERKINI: SOP PKP 3.0 Terkini Diperketatkan – berkuatkuasa 25 Mei 2021

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment