Terima Duit RM50 Palsu Oleh Pelanggan di Beli Dessert, “Nissa harap Nissa orang terakhir awak guna cara ni” Isteri Syahmi Sazli Anggap Tiada Rezeki

Terima Duit RM50 Palsu Oleh Pelanggan di Beli Dessert, “Nissa harap Nissa orang terakhir awak guna cara ni” Isteri Syahmi Sazli Anggap Tiada Rezeki

Walaupun tindakan berkenaan salah dan amat dilarang, namun masih ada juga segelintir individu yang tidak bertanggungjawab masih melakukannya. Dunia moden sekarang ni, duit pun boleh senang-senang sahaja dipalsukan.

“Nissa harap Nissa orang terakhir awak guna cara ni” Isteri Syahmi Sazli Anggap Tiada Rezeki Terima Duit RM50 Palsu Oleh Pelanggan di Beli Dessert,

Seperti yang terjadi kepada peniaga dessert dari Kota Bharu, Kelantan, Anissa Faizul baru-baru ini, dia menerima wang kertas RM50 daripada salah seorang pelanggan yang telah berkunjung ke kedainya.

Apa yang menyakitkan hati, mereka ini berani menggunakan duit palsu dalam urusan jual beli tanpa memikirkan kerugian yang bakal ditanggung peniaga. Lebih-lebih lagi kepada peniaga kecil yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Menurut wanita yang mesra disapa Nissa, juga isteri kepada YouTuber terkenal, Syahmi Sazli, pihaknya menyedari tentang wang palsu itu sewaktu sedang mengira jumlah hasil jualan harian pada 27 Oktober lalu.

Seperti yang terjadi kepada peniaga dessert dari Kota Bharu, Kelantan, Anissa Faizul baru-baru ini, dia menerima wang kertas RM50 daripada salah seorang pelanggan yang telah berkunjung ke kedainya.

“Siapa pun awak, saya halalkan makanan atau minuman yang awak beli dekat Beli Dessert.

“Khilaf Nissa dan team juga tak double check duit yang kami terima,” katanya.

Nissa menunjukkan rupa wang palsu tersebut menerusi Facebook story. Bahagian depan dan belakang wang kertas berkenaan dicetak secara berasingan dan ditampal menjadi satu.

“Saya berharap saya orang terakhir awak guna cara ni. Jangan guna cara ni dekat peniaga kecil yang betul-betul memerlukan jualan seharian… kasihan mereka.

“Saya anggap tiada rezeki dengan awak. Nanti jemputlah datang lagi Beli Dessert. Tapi, guna duit yang betul ya,” katanya.

Baca Juga: “Senyuman Tak Lekang Dari Wajah…” Alhamdulillah, UAI Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12

ad44db6b 9ddb 41a5 9a29 85b10073ecef

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dibuat Nissa, rata-rata memuji sikap Nissa yang tidak cepat melatah malah menghadapi isu tersebut dengan tenang. Selain itu, netizen turut mendoakan agar Nissa dimurahkan rezeki.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook

“Pasang cctv hala kaunter nissa. Semoga dimurahkan rezeki nissa sekeluarga.

“Bgus kak nissa ni.. Seorang selalu memikirkan perkara positif.. Semoga dimurahkan rezeki akak nissaa n team..”

“mgkin dye pun tak tau tu duit palsu kot..bersangka baik je.. Semoga Allah luaskan lagi rezeki awk dan suami..support💪🏻“

Sumber: Video yang tular di laman Instagram

69c0ee1a dc9c 41c3 b2ca 05b7704bcfd3

706d35ea e8ce 4965 a5d7 7b154d95e7f1

38c663ff 3980 4454 8b11 bf65fb8ddcc0

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Leave a Comment