Tentera Darat Malaysia 2022: Pengambilan Julai Terkini
Tentera Darat Malaysia 2022 terkini, Adalah dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda TD Siri 196 Lelaki Tahun 2022 atas talian telah dibuka.
Pemohon Tentera Darat Malaysia 2022. Anda boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.
Lihat Juga : Skim Bantuan B40 RM700 Terkini 2022 Untuk Golongan Bujang
Baca Juga : Pengeluaran Khas KWSP RM10000 2.0
Tentera Darat Malaysia 2022
Permohonan awal Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia 2022 Siri 196 Lelaki Tahun 2022 atas talian akan dibuka mulai 1 hingga 31 Julai 2022.
SYARAT ASAS PERMOHONAN
Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Julai 2022 (Pengambilan Siri 196 2022) dan warganegara malaysia.
Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran dan Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi, sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, dan tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
Ukuran Tinggi Minima Lelaki adalah 1.62 m, manakala bagi Ukuran Tinggi Minima perempuan pula 1.57 m.
Berat Badan Minima Lelaki adalah 47.5 kg. Untuk berat perempuan pula minima 45.0 kg.
Bagi Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0.
SYARAT AKADEMIK
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Sains, dan Bahasa Inggeris.
KELAYAKAN TAMBAHAN TENTERA DARAT MALAYSIA 2022
Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing serta kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
Skim Gaji Kelayakan Akademik
SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00].
SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00].
SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01].
DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05].
DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07].
SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01].
Elaun & Kemudahan
Elaun yang akan diberikan adalah Elaun Sara Hidup, Elaun Khidmat, Bayaran Insentif Khas, Elaun Kepakaran, Elauan Imbuhan Perumahan dan Elaun Perjalanan.
Bagi kemudahan pula akan diberiksan Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Insurans Kelompok Angkatan Tentera, Rawatan Perubatan, serta Peluang melanjutkan pelajaran, dan Kemudahan Kediaman.
Cara Permohonan
Semua permohonan Pengambilan Tentera Darat Malaysia 2022 hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di.
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/
- Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.
Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.
Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
Cara Pendaftaran Online
Isi maklumat penuh seperti di bawah tanpa sebarang kesilapan.
- NAMA PENUH
- NO KAD PENGENALAN
- JANTINA
- NO TELEFON (Boleh dihubungi)
- EMAIL (Aktif)
- KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
- Tekan (Click) DAFTAR
- (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
Pastikan anda isi maklumat lengkap peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR.
Tarikh Permohonan Dibuka : 1 Julai 2022 sehimgga 31 Julai 2022 ini.
Semua artikel Myinfokerja share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan sahaja.
Pihak admin tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.