TEDUH : Bantuan Rumah B40 Mampu Milik

TEDUH : Bantuan Rumah B40 Mampu Milik – Syarat & Permohonan

rumah b40

Bantuan Rumah B40 Mampu Milik. TEDUH merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang “One-Stop Centre” kepada individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Rumah B40. Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan laman web untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk mencari atau menyemak Rumah B40 yang mereka bakal miliki secara beli atau sewa yang dikenali sebagai TEDUH.

BACA JUGA 👉 Semakan pembayaran bantuan khas rm150 2022 – Myinfokerja
Info Penuh

SKIM PERUMAHAN DI BAWAH TEDUH

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Ini adalah inisiatif daripada kerajaan dalam menyediakan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dah kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.

SPP

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) RUMAH B40 ini merupakan skim yang diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah.

PPAM

Skim PPAM merupakan satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 yang bertujuan untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

PPR Disewa

Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 lagi dan ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan.

PPR Dimiliki

PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah. Harga jualan bagi rumah tersebut iyalah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.

Rumah Transit

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudaan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18 – 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh 2 tahun. Penyewa akan diberi notis 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

PR1MA

PR1MA merupakan perumahan Rumah B40 berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Harga rumah PR1MA bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan Rumah B40 bagi setiap Skim Perumahan;

PPAM

– Warganegara Malaysia
– Penjawat Awam
– Penjawat awam yang berpencen dan kontrak
– Boleh memohon lebih dari satu projek
– Moratorium 10 tahun.

Maklumat lanjut mengenai Skim PPAM – “KLIK SINI

SPP

– Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
– Berumur 21 tahun hinggan 70 tahun.
– Bekerja dan mempunyai pendapatan
– Bukan kakitangan kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
– Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
– Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
– Memiliki tanah sendri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Maklumat lanjut mengenai Skim SPP – “KLIK SINI

PPR Dimiliki

– Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
– Berumur 18 tahun ke atas
– Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
– Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
– Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Maklumat lanjut mengenai PPR Dimiliki – “KLIK SINI

PPR Disewa

– Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
– Berumur 18 tahun ke atas
– Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
– Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
– Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Maklumat lanjut mengenai PPR Disewa – “KLIK SINI

PR1MA

– Warganegara Malaysia
– Bujang ataupun berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas
– Pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan
– PR1MA hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja

Rumah Transit

– Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
– Pemohon telah berkahwin
– Pemohon berumur antara 18 – 30 tahun
– Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
– Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
– Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah & Tiada rekod jenayah

Maklumat lanjut mengenai Rumah Transit – “KLIK SINI

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia adalah Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:

– Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
– Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
– Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
– Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan

CARA PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Rumah B40 TEDUH. Layari laman web SPRN di () –  Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat E-mel): KLIK PAUTAN PERMOHONAN DI BAWAH:

https://sprn.kpkt.gov.my/

Leave a Comment