Tebus eGumis WTD: Semak & Tebus Wang Tak Dituntut

Tebus eGumis WTD

Tebus eGumis WTD: Semak & Tebus Wang Tak Dituntut anda melalui Sistem eGUMIS Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sekiranya anda mendapati sejumlah wang milik sendiri yang tidak dituntut.

Seperti simpanan, semasa atau perniagaan ataupun wang cagaran bayaran utiliti untuk tebus egumis wtd.

Orang awam boleh membuat permohonan ini untuk tebus egumis wtd wang yang tak dituntut.

Antara tuntutan atau tebus eGumis WTD yang boleh dibuat adalah tuntutan jenis Akaun Semasa, Akaun Simpanan, Simpanan Tetap, Insurans, Gaji, Dividen, Deposit TNB, Syabas, TM dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Maksud Wang Tak Dituntut WTD & Tebus eGumis WTD

Di antara contoh Wang Tak Dituntut (rekod WTD) membabitkan individu adalah seperti akaun simpanan bank yang tidak aktif beberapa tahun namun terdapat sejumlah wang, tuntutan insurans dan wang cagaran bayaran utiliti (Deposit TNB, Syabas, TM dan lain-lain yang berkaitan).

WTD juga merupakan sejumlah wang yang tidak dituntut milik mana-mana individu atau sesebuah syarikat. Definisi lanjut boleh rujuk gambar berikut.

Tebus eGumis WTD

Cara Semak

Panduan bagi cara untuk membuat semakan WTD dan maklumat Semakan Wang Tak Dituntut WTD secara atas talian serta senarai dokumen yang diperlukan untuk tebus egumis WTD oleh individu.

Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dilakukan secara atas talian atau online menerusi aplikasi portal JANM (portal rasmi) seperti pautan di bawah. Semak dan tebus egumis WTD di bawah ini.

Tebus eGumis WTD

https://egumis.anm.gov.my/

Cara Semak Egumis WTD Online

Sebagai makluman, semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput. Sehubungan itu, sekiranya tiada keperluan yang mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan WTD melalui kaedahnya serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM.

Apabila selepas 15 tahun tempoh WTD, ianya akan dimasukkan semula ke Kumpulan Wang dan dimasukkan di bawah pindahan hasil negara. Walau bagaimanapun, wang tersebut masih boleh dituntut oleh individu berkenaan dan akan dibayar oleh kerajaan.

Tebus eGumis WTD

Tebus Secara Online

Untuk membuat tebusan permohonan semakan WTD secara online, ikuti langkah seperti berikut di bawah ini.

Layari portal aplikasi seperti di atas dan klik pada pendaftaran log masuk ke portal atau seperti pautan berikut.

Lengkapkan semua butiran maklumat yang diperlukan dan tandakan pada kotak pengakuan bersetuju serta captcha lalu klik butang daftar.

Tandakan pada kotak pengakuan bersetuju dan captcha.

Klik butang Daftar dan klik butang Ya untuk selesaikan proses pendaftaran lalu skrin status pendaftaran pengguna egumis akan dipaparkan.

Masuk ke sistem dengan klik Log Masuk atau klik pautan ini.

Daftar Masuk dengan mengisi nama pengguna dan kata laluan (yang akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan).

Klik butang Log Masuk dan skrin tukar kata laluan akan dipaparkan bagi daftar masuk pertama kali.

Masukkan kata laluan yang lama dan isikan kata laluan yang baharu.

Klik butang Simpan dan skrin kemaskini maklumat pengguna akan dipaparkan.

Isikan semua maklumat pengguna yang diperlukan dan klik butang simpan lalu skrin Dashboard akan dipaparkan.

Untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut klik pada Carian Wang Tak Dituntut.

Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang Cari lalu skrin hasil carian wang tak dituntut akan dipaparkan.

Nota: Pengguna boleh mencetak skrin borang tuntutan dengan klik butang Cetak setelah membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan. Pengguna digalakkan cetak maklumat wang tidak dituntut untuk membuat semakan.

Seterusnya klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”.

Klik pada “Tambah Penerima” bagi masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian klik “Simpan”.

Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen telah lengkap DISAHKAN.

Sila muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”

Akhir sekali tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS lalu Klik Hantar. Pilih Ya bagi menghantar permohonan tuntutan.

Maklumat Lanjut

Seperti dimaklumkan di Portal eGUMIS, bagi fasa awal hanya semakan wang tak dituntut sahaja dibuka, bagi permohonan tuntutan wang yang tak dituntut atau tebus egumis wtd ini.

Pemohon perlu mengemukakan dokumen permohonan yang telah lengkap melalui pos ke Pejabat Pendaftar wang tak dituntut atau hadir terus ke Kaunter Pejabat Pendaftar ataupun JANM Negeri/Cawangan yang berhampiran.

Tebusan Permohonan Secara Manual (Walk In) Kaunter Bahagian WTD

Kunjungi Kaunter Bahagian WTD Jabatan Akauntan Negara iaitu Pejabat Cawangan Negeri Jabatan Akauntan Negara atau Kaunter Pejabat Pendaftar WTD di Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur.

http://www.anm.gov.my/index.php/hubungi/lokasi-janm

Semasa Membuat Tuntutan Permohonan Individu hendaklah melengkapkan dokumen yang diperlukan untuk diisi dan ditandatangani.

Muat Turun Borang UMA-7

Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara.

Dokumen asal (Contoh: buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain).

Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun.

Nombor pendaftaran syarikat, klik di sini untuk, wang tak dituntut online, kementerian kewangan, akaun bank, membuat tuntutan,

Info Berkaitan

Nota: Semakan untuk pihak syarikat atau firma juga boleh dilakukan menggunakan nombor pendafataran syarikat dan dokumen lain yang berkaitan.

Lihat Sini : Semakan Bantuan RM600 BMT 2022

Lihat Juga : Cara Semak UPU Secara Online Untuk Tahun 2022 & 2023

Leave a Comment