Tarikh Rasmi Permohonan PerantiSiswa B40

Tarikh Rasmi Permohonan PerantiSiswa B40

Tarikh Rasmi Permohonan PerantiSiswa B40. [Terkini] Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan mula mengedarkan mulai 3 September 2022 Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini yang telah dijayakan. Setiap pemohon yang diluluskan, akan mendapat Tablet Samsung model terkini, lengkap dengan casing, keyboard dan stylus pen.

Sementara itu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan terus secara percuma tablet berjenama ini kepada penerima-penerima perantiSiswa. Ia sebagai penghargaan dan pemangkin kepada pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, peranti itu akan mula diagihkan kepada mereka yang layak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.

Inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 melalui sidang Dewan Rakyat;

“Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi. “

“Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan 450 juta ringgit di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira- kira 65 juta ringgit. Insya-Allah, seramai 600 ribu siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.”

Tarikh Permohonan PerantiSiswa B40

Untuk makluman, permohonan PerantiSiswa dibuka kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Kerajaan memperluas Untuk fasa 2 Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada empat lagi kategori penerima.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perluasan baru itu membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Selain itu, katanya ia turut diperluaskan kepada pelajar semester satu dan dua sekolah menengah atau pelajar Tingkatan Enam serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.

Permohonan fasa 2 dibuka sehingga 30 September 2022.Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

Baca Juga: Info Bayaran Bantuan Tambahan Bagi Golongan Bujang B40

Permohonan PerantiSiswa B40

Syarat dan Kelayakan Permohonan PerantiSiswa B40

Pemberian satu (1) unit peranti untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:

Warganegara Malaysia daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah. Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Sedang mengikuti pengajian di peringkat Tingkatan 6, Asasi, Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian yang bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;

Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

Panduan permohonan adalah sebagaimana berikut, Layari https://perantisiswa.kkmm.gov.my/ untuk permohonan. Layari laman portal perantisiswa KKM di atas dan klik Daftar Pengguna. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dan klik Daftar.

Notifikasi akan dihantar kepada emel pemohon untuk tujuan pengesahan Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun. Log Masuk menggunakan Alamat Emel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.

Skrin Borang Permohonan PerantiSiswa B40 akan dipaparkan, semak dan lengkapkan Borang Permohonan Perantisiswa yang wajib di isi. Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat.

Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan. Klik kotak Ya untuk meneruskan permohonan atau klik kotak Tidak untuk membuat pindaan permohonan. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan.

Baca Lagi: Tarikh Kemaskini Semakan Permohonan BKM Fasa 3

Permohonan PerantiSiswa B40

Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataannya di Facebook memaklumkan inisiatif Permohonan PerantiSiswa B40 Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih, bermula 3 September.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia sebagaimana maklumat berikut;

Tarikh: 3 September 2022 (Sabtu)
Masa: 2:30 Petang
Tempat: Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

Jenis Peranti

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan jenama atau model Samsung Galaxy Tab A8 LTE

Maklumat penuh spesifikasi tablet, adalah sebagaimana berikut;

  • Jenama / Model Samsung Galaxy Tab A8 LTE
  • Paparan TFT 10.5 inci WUXGA (1920 x 1200 piksel)
  • Sistem Operasi dan UI Android 11, One UI 3.1
  • Rangkaian Wi-Fi 2.4Ghz dan 5Ghz, 4G LTE
  • Processor Octa-Core A75 2.0GHz
  • RAM 4GB
  • Storan 64GB
  • Slot Micro SD Card Sehingga 1TB
  • Kamera Hadapan 5MP
  • Kamera Belakang 8MP AutoFocus
  • Pembesar Suara Terbina Dalam Pembesar Suara Empat
  • Bicu Audio 3.5mm Untuk Set Kepala Ya
  • Bluetooth Bluetooth v5.0
  • Bateri Integrated 7,040mAh
  • Pengecas Berserta Kabel Samsung 7.75W Travel Adaptor with Charging Cable
  • Papan Kekunci Bluetooth Samsung Smart Keyboard Trio 500 (EJ-B3400)
  • Pen Stylus Samsung ITFIT Stylus Pen (GP-JPU022SAASW)
  • Casing / Sleeve Case Samsung ITFIT TAB A8 Book Cover (GP-FBU022SAAJW)
  • Dimensi dan Berat 161.9 x 246.8 x 6.9mm, 508g
  • Waranti Tablet: Samsung Waranti 24 BulanBateri, Pengecas, Papan Kekunci & Stylus: Samsung Waranti 12 Bulan
  • Berikut pula adalah gambar-gambar mengenai Tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang akan diperolehi.

Perantisiswa Permohonan anda telah diterima 575x1024 1

Kaedah Pemberian

Dalam pengumuman terkini Perdana Menteri ketika majlis pelancaran Permohonan PerantiSiswa B40, Kerajaan bersetuju memberikan terus secara percuma tablet berjenama ini kepada penerima-penerima perantiSiswa.

Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian Permohonan PerantiSiswa B40 tanpa pelan data Internet.

Ia sebagai penghargaan dan pemangkin kepada pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang.

Info dan Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan PerantiSiswa B40, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:▪ 03-8911 5351

Waktu operasi:

8.00 pagi hingga 6.00 petang Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad

Facebook: https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia

Soalan Lazim (FAQ) PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej Permohonan PerantiSiswa B40 ini?

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

Apa Itu PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bilakah Boleh Memohon

Fasa 1 – 15 April 2022 – 15 Mei 2022
Fasa 2 – 1 Ogos 2022 – 30 September 2022

Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan?

Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program Permohonan PerantiSiswa B40.

Bila Tarikh Dapat Tablet Permohonan PerantiSiswa B40

Mulai 3 September 2022 untuk fasa 1.

Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

 

Leave a Comment