Tarikh Ramadhan – Mula Puasa Bulan 2021

Sekejap sahaja kita sudah tiba di penghujung tahun 2020. Tidak sabar rasanya menunggu tarikh ramadhan 2021. Pastinya kini, ramai yang sedang memasang azam baru untuk berhadapan dengan tahun baru yang akan tiba. Namun, apakah diri kita sudah mempersiapkan diri kita dari segi agama? Bersediakah kita untuk berhadapan dengan Ramadhan yang akan tiba pada April 2021 ini?

Bilakah Tarikh Ramadhan 2021?

Dianggarkan ramadhan 2021 akan jatuh pada 12 April 2021. Rugilah seseorang itu sekiranya tidak memanfaatkan kehadiran bulan yang mulia ini. Janganlah kita lalui tahun baru, bulan baru tanpa sebarang kebaikan dan keberkatan dan rahmat dari Allah SWT. Seharusnya, dengan tibanya bulan Ramadhan, ibadah kita lebih meningkat, dari amalan biasa-biasa menjadi dua kali ganda luar biasa Ketika bulan Ramadhan.

tarikh ramadhan

Antara persiapan yang boleh kita lakukan untuk menyambut bulan Ramadhan yang akan tiba ini, adalah dengan membuat persiapan keimanan. Sekiranya kita dapat melaksanankan Ramadhan dengan penuh keimanan, kita tergolong dalam golongan orang yang mengharapkan sepenuh keredhaan Allah dalam ibadah kita. Dengan keimanan yang kuat, kita tidak merasa beban untuk melaksanakna puasa, berzikir dan mendirikan malam-malam dengan solat sunat dan mengaji.

Baca juga : https://myinfokerja.com/solat-dhuha/

Seterusnya adalah dengan membuat persiapan ilmu. Sebelum tibanya bulan Ramadhan, kita hendaklah menambah ilmu terutamanya tentang ibadah tambahan yang kitab oleh lakukan, kewajipan ketika berada dalam bulan Ramadhan dan melakukan sunah-sunah yang dianjurkan oleh Islam.

Persiapan yang ketiga untuk tarikh ramadhan yang akan datang adalah dari persiapan jasmani. Sekiranya kita ada jasmani yang sihat dan kuat kita lebih bersemangat untuk beribadah. Sekiranya jasmani kita tidak kuat, kita akan sentiasa berasa letih dan tidak khusyuk ketika melakukan ibadah ketika bulan ramadan. Sekaligus, membuatkan kita sentiasa berasa malas dan bertangguh-tangguh.

Kesimpulannya, selagi kita masih diberi kesempatkan untuk terus beribadah, kita hendaklah memanfaatkan masa yang ada. Siapa tahu, Ramadhan 2021 mungkin menjadi Ramadhan kita yang terakhir?

Leave a Comment