Tarikh Permohonan Tablet Percuma Untuk B40

Tarikh Permohonan Tablet Percuma Untuk B40

TERKINI : Tarikh Permohonan Tablet Percuma Untuk B40 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) telah memutuskan untuk membuka permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah diumumkan dalam sebuah sidang media khas. Dalam pada itu, tarikh penerimaan peranti juga telah dihebahkan melalui sidang media tersebut.

Baca Sini:

Tablet Percuma

Tablet Percuma

Kelayakan Permohonan Tablet Percuma 

Permohonan adalah untuk Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang memiliki purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850.

Semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Jenis Peranti Yang Dibekalkan

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

Tarikh Pendaftaran / Permohonan Tablet Percuma

Buat pengetahuan anda, tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini telah dibuka pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my . Permohonan Peranti Siswa fasa kedua juga libatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi dibawah KPM.

Namun kini, KOMM telah memutuskan untuk membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.

Cara Permohonan Tablet Percuma

Berikut disertakan Manual Pengguna Sistem Permohonan PerantiSiswa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia:

Permohonan dibuka secara atas talian di laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Cara Semak Status Kelulusan Tablet Percuma

Keputusan akan dimaklumkan melalui emel permohon.

Leave a Comment