Berikut adalah semakan Bantuan iBita dan tarikh pembukaan permohonan bantuan.
Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan iBita yang mungkin ramai terlepas pandang.
Lihat Juga:
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Warga Emas RM500
Tarikh Permohonan Bantuan iBita
- Tarikh permohonan atas talian bagi peringkat Diploma pada tahun ni adalah bermula pada 1-30 Jun 2022
- Tarikh permohonan atas talian bagi Peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah pada 1-30 September 2022
Kadar Bantuan
- Universiti di Semenanjung = RM1,000.00
- Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
- Politeknik Malaysia = RM300.00
Syarat Kelayakan
Bantuan iBita:
- Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE) di laman web http://ibita.penang.gov.my/ .
- Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00. (Gaji Pokok Sahaja).
Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang - Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
- Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA
- Untuk mengetahui dokumen-dokumen yang diperlukan boleh lawati pautan berikut: KLIK SINI
Cara Memohon Bantuan iBita
- Bagi mereka yang layak dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut: KLIK SINI
Sumber: Jawatankerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.