Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2 Bulan Jun 2022

Tarikh Pembayaran BKM

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2 bermula pada Jun 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.

Seperti BKM Fasa 1, kemungkinan tarikh Pembayaran BKM adalah pada penghujung bulan sekitar 28 Jun – 30 Jun. Manakala untuk penebusan secara tunai bermula 30 Jun 2022

Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan hampir 8 juta penerima BKM akan menerima manfaat pada hujung bulan Mac dengan impikasi kewangan berjumlah RM8.2 bilion ringgit.

“Tarikh Pembayaran BKM telah ditambah baik daripada bantuan tunai langsung sebelum ini.

Nilai bantuan ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar tambahan bagi kategori isi rumah terhad kepada ibu atau bapa tunggal (IBT) dan warga emas,” ujarnya.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Lihat Juga: Elaun EPB RM400 – Pekerja Yang Layak Menerima Bantuan Elaun

Lihat Juga : Bantuan Bayi RM300 Untuk Yang Baru Lahir

Berikut Kami kongsikan kepada anda jumlah bantuan BKM Fasa 2.

Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022

Untuk pengetahuan anda, pembayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan akan mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM400 berdasarkan kelayakan setiap penerima. Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan akan diberi berdasarkan empat kategori berikut:

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:

RM2,000: Lebih 3 orang anak
RM1,500: 1-2 orang anak
RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:
RM800: Lebih 3 orang anak
RM600: 1-2 orang anak
RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:
RM300: Warga Emas
RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

Tarikh Pembayaran BKM

Tarikh Pembayaran BKM

Tarikh Pembayaran BKM

Tarikh Pembayaran BKM

Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah

Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:
Sudah Berkahwin
Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Cara Membuat Permohonan BKM

Untuk Pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my/

Tarikh Permohonan / Rayuan BKM

Bagi mereka yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM akan dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

Leave a Comment