Tarikh Pembayaran Bantuan BKM Fasa 3. Berita baik buat semua rakyat Malaysia, pengkreditan bayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 akan dikreditkan tidak lama lagi. Bayaran ini merangkumi beberapa kategori termasuk Bujang, Isi Rumah serta Warga Emas.
Baca Juga:
- Pengambilan Terkini Jawatan Kosong Puspakom 2022 Seluruh Malaysia
- KWSP TERKINI : Keluarkan Simpanan Pengeluaran Jika Terdesak
Tarikh Pembayaran Bantuan BKM Fasa 3
Pada rencana kali ini kami akan berkongsi berkenaan cara melakukan semakan kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori serta jadual pembayaran Bantuan BKM Fasa 3.
Semakan Status & Fasa Bayaran BKM
– Fasa 1 Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN
– Fasa 2 Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN
– Fasa 3 Bayaran dikreditkan bermula penghujung Ogos atau awal September 2022
– Fasa 4 Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022
Berikut adalah merupakan jadual yang telah dikeluarkan sendiri oleh pihak BKM Sendiri:
Namun, terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa pembayaran BKM Fasa 3 bakal disalurkan bermula pada minggu kedua September 2022. Sebarang maklumat terkini berkaitan tarikh rasmi akan kami kemaskini dari masa ke semasa.
Cara Semakan Status Bantuan BKM Fasa 3
Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
– Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
– Klik Semakan Status
– Paparan kelayakan akan ditunjukkan
– Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran Bantuan BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.