Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah mula dibayar pada 28 Mac lepas. Walau bagaimanapun, pembayaran BKM Fasa 1 tersebut hanya dilaksanakan kepada penerima yang mempunyai akaun bank dan tidak gagal kredit.
TARIKH BAYARAN KEPADA PENERIMA TIADA AKAUN BANK ATAU GAGAL KREDIT
Melalui pengumuman tarikh bayaran BKM Fasa 1 oleh Perdana Menteri, beliau turut memaklumkan tarikh pembayaran kepada penerima tiada akaun bank.
Penerima boleh membuat penebusan bermula
30 Mac (Rabu)
Sekiranya anda mempunyai akaun bank tetapi status gagal kredit, anda juga boleh membuat penebusan bermula 30 Mac ini.
CARA TEBUS BKM FASA 1
Sekiranya anda layak menerima BKM Fasa 1, anda boleh membuat penebusan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda.
Anda hanya perlu membawa kad pengenalan pengesahan semakan oleh pihak bank untuk penerimaan BKM.
Selain itu, anda turut boleh dapatkan Nombor Baucar/Siri melalui portal rasmi BKM.
TARIKH RAYUAN BKM FASA 1
Sekiranya semakan status BKM Fasa 1 anda gagal, anda boleh membuat rayuan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri.
Bagi memastikan program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tarikh rayuan BKM Fasa 1 akan dibuka bermula
3 Mei untuk tempoh sebulan
Diharapkan, kesemua pemohon yang gagal membuat permohonan rayuan semula.
KAEDAH BAYARAN
Berikut adalah kaedah bayaran untuk BKM 2022 :
1. Isi rumah, warga emas, bujang / tiada pasangan yang mempunyai akaun bank
akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.
2. Manakala untuk penerima yang tiada akaun bank atau status gagal kredit
boleh buat penebusan tunai melalui cawangan BSN mulai 30 Mac ini.
CARA SEMAKAN STATUS
Sekiranya anda masih tidak tahu cara untuk membuat semakan status permohonan BKM Fasa 1, berikut adalah caranya :
Layari laman web BKM 2022 di carian anda bkm.hasil.gov.my
Klik pada LOG MASUK BKM
Seterusnya, masukkan pula Nombor Kad Pengenalan dam Kata Laluan anda
Sila klik SEMAKAN STATUS untuk membuat semakan status pada paparan berikutnya
Status semakan anda dipaparkan