Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 – Bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan atau mengemaskini permohonan sebelum ini, semakan status kelayakan kini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR.
Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Semak Juga: Bantuan Am RM350 Sebulan Cara Memohon dan Senarai Penerima
Mohon Juga: Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri sehingga RM30,000
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Pengumuman berkenaan bayaran Fasa 3 akan diumumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Manakala jangkaan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada awal bulan Julai 2023.
SEMAKAN STATUS STR
Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3