Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2024 & Kenaikan SSPA Terkini
Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2024 & Kenaikan SSPA Terkini.Untuk makluman anda ,terdapat beberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang mengenai tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula 2022 antaranya kawalan tempoh perbezaan hari maksimum gaji, emolumen kini boleh dibayar pada hari Jumaat dan lain-lain.
Tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2023 dan 2024 yang dimuktamadkan secara rasmi untuk hebahan umum telah dikongsikan.
Pengenalan
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ialah satu sistem yang telah dibangunkan oleh kerajaan Malaysia bagi menguruskan dan menyelaraskan saraan, gaji, serta faedah lain untuk penjawat awam di negaraMalaysia . Tujuan utama SSPA ialah bagi memastikan bahawa struktur gaji dan saraan penjawat awam boleh dilaksanakan dengan adil, konsisten, dan berlandaskan kepada prinsip-prinsip kecekapan dan kebolehpercayaan.
Secara ringkasnya, antara faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara kerajaan ialah :
- Ganjaran Perkhidmatan (one-off).
- Pencen Perkhidmatan (bulanan)
- Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (one-off).
- Kad Pesara – boleh digunakan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan, diskaun tambang kereta api, dll
Semua bakal pesara hendaklah memastikan Jabatan telah mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan bagi membolehkan faedah persaraan dapat dibayar dalam masa yang sepatutnya.
Baca lagi: Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 & Kenaikan Gaji
Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2024 & Kenaikan SSPA Terkini
Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2024
Berikut adalah tarikh-tarikh pembayaran pencen bulanan untuk tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Januari – 19.01.2024 (Jumaat)
- Februari – 21.02.2024 (Rabu)
- Mac – 21.03.2024 (Khamis)
- April – 19.04.2024 (Jumaat)
- Mei – 17.05.2024 (Jumaat)
- Jun – 12.06.2024 (Rabu)
- Julai – 17.07.2024 (Rabu)
- Ogos – 21.08.2024 (Rabu)
- September – 20.09.2024 (Jumaat)
- Oktober – 21.10.2024 (Selasa)
- November – 21.11.2024 (Khamis)
- Disember – 18.12.2024 (Rabu)
Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2024 & Kenaikan SSPA Terkini
Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP)
Baru-Baru ini, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan keputusan bagi meneruskan pemberian Bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) untuk tahun 2024. Bantuan ini akan diberikan kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan dari Januari hingga Disember 2024. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk menghargai sumbangan pesara serta meningkatkan kesejahteraan mereka selepas bersara.
Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan kerajaan ialah satu inisiatif bagi memastikan semua pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.
Pengunguman Perdana Menteri Malayia
Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam MAPPA 2024 yang lalu, beliau telah berkata pelarasan kadar pencen akan dibuat berdasarkan gaji akhir pesara.
“Tidak dilupakan akan pengorbanan dan khidmat bakti anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bagi Veteran ATM Tidak Berpencen, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.
“Pertimbangan ini dibuat bagi membantu meringankan beban kos sara hidup veteran ATM yang terlibat,” Ucapannya.
Amaun pencen yang baharu setelah penyelarasan pencen akan diterima pesara semasa bayaran pencen pada bulan Disember ini.
Kalkulator Pencen 2024 – Cara Pengiraan Kenaikan Pencen SSPA
Penyelarasan pencen ini akan dibuat selaras dengan pelaksanaan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia.
Bagi memudahkan gambaran kenaikan pencen yang mungkin akan diterima, anda bolehlah menggunakan kalkulator yang telah dimuatnaik di laman web JPA Pencen : https://www.jpapencen.gov.my/pengiraan-pencen-baharu-peratusV3pp.html
Untuk Semakan Penyata Pencen
Anda boleh mendapatkan ‘penyata pembayaran pencen’ melalui pautan ini. https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran atau anda juga boleh mendapatkan dari aplikasi MyPesara.
Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang telah dilaksanakan kerajaan, KWAP telah dipertanggungjawab bagi mengambilalih semua fungsi prosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Inisiatif ini dijangka akan dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan prosesan pembayaran faedah persaraan yang lebih cekap kepada pesara-pesara.
Tarikh Bayaran Pencen Pesara 2024 & Kenaikan SSPA Terkini
Senarai Perkhidmatan yang ditawarkan KWAP:
Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;
Bagi memproses bayaran faedah persaraan yang merangkumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
Memproses penyelarasan pencen;
Memproses potongan Faedah Persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah;
Memproses bayaran balik kepada Agensi atau individu bagi potongan daripada Faedah Persaraan;
Memproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen
Pengurusan fail dan dokumentasi persaraan
Maklumat Lanjut Tarikh Bayaran Pencen 2024
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
JPA Pencen : http://www.jpapencen.gov.my/
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) : https://www.kwap.gov.my/my
Muat turun MyPesara melalui Apple App Store atau Google PlayStore di pautan berikut:
MyPesara di App Store : https://apps.apple.com/us/app/mypesara/id917570980
MyPesara Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.jpapencen.mypesara
Kesimpulan
Pemberian Bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi tahun 2024 adalah satu inisiatif yang amat penting untuk memastikan bahawa pesara dan penerima pencen terbitan akan terus menerima sokongan kewangan yang mereka perlukan untuk menyara kehidupan mereka. Dengan meneruskan bantuan ini, kerajaan Malaysia sekali lagi telah menunjukkan komitmennya dalam menghargai setiap sumbangan pesara dan meningkatkan kesejahteraan mereka. Pesara juga diharapkan dapat memanfaatkan setiap bantuan ini bagi memperbaiki kualiti hidup mereka selepas bersara dan menghadapi cabaran kewangan dengan lebih sempurna.