Tarikh Bayaran Bantuan BKM Fasa 3 & Semakan Jumlah Bayaran

Tarikh Bayaran Bantuan BKM Fasa 3

Tarikh Bayaran Bantuan BKM Fasa 3 & Semakan Jumlah Bayaran – Tentu ramai yang tertunggu-tunggu berapa bayaran dan bilakah bayaran bantuan BKM Fasa 3 akan dikreditkan.

Seperti sebelum ini, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank bagi penerima yang layak dan Tarikh bayaran Bantuan Fasa Kedua telah mula diagihkan mulai 27 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Keluarga Malaysia Fasa ketiga dan keempat.

Lihat di sini : Cara Mohon Bantuan RM500 JKM

Lihat Juga : Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Semakan Jumlah Bayaran

Semakan jumlah bayaran bantuan bkm fasa 3 akan ditambah jika masalah kenaikan harga barang masih berterusan.

PM Ismail Sabri mengumumkan Bayaran BKM Fasa 3 dan 4 mungkin akan ditambah jika kenaikan harga barang masih berterusan. katanya”.

Di media sosial, isu ini turut menjadi tular apabila ramai yang berkongsikan harga terkini barang-barang kawalan tersebut di kawasan masing-masing.

Akhir-akhir ini ramai yang mengeluh dengan peningkatan kos sara hidup apabila kebanyakan barang asas seperti ayam, minyak masak dan telur semakin mahal di pasaran.

Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pengurangan subsidi harga ayam yang dibuat adalah bertujuan untuk disalurkan secara terus kepada rakyat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Memetik laporan akhbar tempatan, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ”.

Walaupun BKM Fasa 2 baru disalurkan, namun ia dilihat sebagai langkah yang kurang berkesan untuk menangani isu tersebut.

Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000. “Ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat. Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini).

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor semalam.

Untuk makluman, pemohon rayuan BKM juga akan mendapat keputusan rayuan dan bayaran bagi yang diluluskan akan dibuat pada BKM Fasa 3 dan 4.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.

Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 & 4

Jumlah Bayaran bantuan BKM Fasa 3 & 4.

Berikut adalah dikongsikan jadual bayaran bantuan BKM Fasa 3 dan Fasa 4.

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM100
3 anak dan ke atas: RM100

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM300
3 anak dan ke atas: RM400

ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM400
1-2 anak : RM400
3 anak dan ke atas: RM400

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 500
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM700

iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM600

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM800
3 anak dan ke atas: RM900

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: RM150

iv) Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah – Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak.

v) Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150 – Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak.

bantuan bkm fasa 3

bantuan bkm fasa 3

bantuan bkm fasa 3

Sumber : ecentral

jumlah bayaran & Info lanjut bagi setiap kategori penerima:

Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
e-Mel : [email protected]
Laman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my/
Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

Leave a Comment