Tarikh Bantuan Kerajaan Bulan Mac 2023
Tarikh Bantuan Kerajaan Bulan Mac 2023 – Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Berikut Senarai Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Mac 2023:
1.Diskaun dan Penangguhan Balik Bayaran PTPTN
Kerajaan bersetuju member diskaun dan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam PTPTN sejajar dengan pengumuman pembentangan Belajawan 2023 kelmarin.
Tempoh diskaun PTPTN yang akan berikan pada tahun 2023 adalah bermula dari 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023.
Manakala penangguhan pembayaran balik PTPTN juga bermula 1 Mac 2023 untuk tempoh 6 bulan.
Jumlah diskaun yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Tarikh Bantuan Kerajaan Bulan Mac 2023
Bagi Penangguhan Bayaran PTPTN anda boleh ikuti 3 langkah mudah yang telah disediakan. Dan layari Laman web rasmi – https://www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalik/
Semak Juga: PM Anwar lancar DPTN 2.0 harini
Baca Juga: Bantuan Khas Kewangan RM350 & RM700 dibayar bulan depan
2. Sumbangan Tunai Ramah (STR)
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) secara atas talian dibuka mulai 1 Mac 2023 di laman portal rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Manakala permohonan dan kemas kini secara manual dengan penghantaran borang bermula 8 Mac 2023. Dan sila buat pengemukaan borang ke pejabat LHDNM berdekatan.
Namum Fasa 2 untuk pembayaran dijangka bulan hadapan sebelum hari raya Aidilfitri.
3. Bantuan Kewangan JKM 2023
Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Mac 2023 Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Mac 2023 akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Untuk makluman anda, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.
Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah masing masing.
Bagi bulan Mac, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Mac 2023.
Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Mac, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Untuk membuat semakan pembayaran bantuan JKM bagi bulan Mac 2023, ikuti langkah-langkah sperti berikut:
-Layari laman web e-BantuanJKM di laman web – DISINI
-Masukkan no kad pengenalan
-Masuk no akaun bank
-Klik carian berdasarkan no. akaun bank
-Pilih tarikh semakan. Contoh; 1/3/2023 sehingga 28/3/2023
-Maklumat berkaitan pembayaran akan dipaparkan sebagaimana di bawah;
4. Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet
Pakej Internet ini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang menarik:
-Internet berkelajuan 30 Mbps
-Data tapa had (unlimited data)
-Langganan RM69 sebulan (kontrak 24 bulan)
-Pakej ini boleh dilanggan bermula Mac 2023.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.