ISU SEMASA: UMNO menarik balik sokongan kepada kepimpinan PM
Mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi, memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta.
Selaras keputusan itu, UMNO menuntut supaya Muhyiddin meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.
–> Sila baca Cara Semak Permohonan Bantuan MyKasih: RM100 Selama 3 Bulan Menggunakan MyKad!
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan keputusan itu dipersetujui bersama dalam MKT selepas UMNO mendapati Muhyiddin gagal, terutama dalam mengurus ekonomi negara, pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.
Antara faktor-faktor UMNO tarik sokongan adalah seperti berikut:
- kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19
- kegagalan kerajaan dengan menyalahgunakan darurat
- kegagalan kerajaan mempertahankan sistem demokrasi berparlimen
- kegagalan kerajaan menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat
- kegagalan kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat
- kegagalan kerajaan mengurus kestabilan politik dan ekonomi
- kegagalan kerajaan yang jelas memperkotak-katikkan titah Yang di-Pertuan Agong dan raja pemerintah
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut berkenaan info terbaharu, sila layari laman web dan laman-laman web rasmi kerajaan yang sahih.
Jangan lupa layari laman web MyInfoKerja bagi info bantuan-bantuan kerajaan yang terkini.
–> Sila baca Cara Permohonan/Daftar e-Kasih 2021 bagi mendapatkan bantuan kerajaan