tak sedar aksi Superman dirakam, Rider syok layan angin
Tular satu video memaparkan seorang penunggang motosikal jenis Honda EX5 melakukan aksi berbahaya di atas sebuah lebuhraya berdekatan Beserah, Kuantan. tak sedar aksi Superman dirakam polis yang mana rider tengah syok layan angin.
Rakaman dimuat naik oleh akaun Twitter, @Tsgxy_ itu memperlihatkan penunggang tersebut menundukkan badan dan kedua-dua kaki ke belakang seperti lagak Superman.
penunggang berkenaan dilihat tidak mendengar siren dibunyikan polis dan terus mempamerkan aksi ‘terbang’ terbabit. Malah akibat terlalu fokus memulas pendikit minyak.
Lebih menarik perhatian apabila aksi lelaki itu dirakam oleh seorang anggota polis trafik yang sedang duduk di bahagian penumpang hadapan ketika menaiki kereta peronda.
diulang kicau hampir 6,700 kali selain pelbagai reaksi diberikan netizen pada ruangan komen dan Rakaman berdurasi 21 saat itu menerima 8,290 tanda suka.
Selepas menyedari aksinya diperhatikan, lelaki itu seolah-olah terkejut sebelum bangun dan duduk menunggang motosikal seperti biasa tanpa rasa bersalah.
Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur apabila melihat gelagat penunggang tersebut yang disifatkan berani menunjukkan skil ‘mat rempit’ di hadapan pihak polis.
Nasib kau lah brader, boleh pula ‘terkantoi’ dengan polis! Tapi kalau lenguh disebabkan perjalanan jauh, lebih baik rehat dahulu di tempat yang selamat.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Oh My Media
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja.