Tak perlulah pandang hina wanita yang bergelar ibu ni untuk beri ‘makan’ bayi mereka di mana-mana

Tak perlulah pandang hina wanita yang bergelar ibu ni untuk beri ‘makan’ bayi mereka di mana-mana

Menyusukan anak yang masih kecil secara breasfeeding merupakan perkara yang normal dalam kalangan ibu. Aktiviti ini juga bukanlah hanya dilakukan di rumah malah ketika berada di tempat awam juga.

Namun, ada juga dalam kalangan orang yang mengatakan bahawa tindakan ibu yang menyusukan anak di tempat awam adalah tidak senonoh. Apa yang tidak kena?

Berikut merupakan perkongsian dari pakar penyusuan mengenai hal ini yang tidak sepatutnya dipandang dari sudut ‘lucah’.

TAK PERLU PANDANG HINA IBU MENYUSU DI TEMPAT AWAM

Tak perlulah pandang hina wanita yang bergelar ibu ni untuk beri ‘makan’ bayi mereka di mana-mana. Mereka cuma menyusu, bukan buat perkara tak senonoh.

Encik yang menulis komen ini mungkin tak tahu, bayi bila nak menyusu dia tak kira waktu. Dan sudah tentulah ibu-ibu yang nak menyusu di luar ini ada persiapan mereka tersendiri untuk menyusu di tempat awam.

Lain kali, kalau encik lapar, encik makan je dalam kereta. Tahan diri jangan makan di luar. Buat muka koghok kalau tak tahan sangat. Bungkus, ikat tepi, lepas tu baru makan kat kereta. Saya tak boleh bayang betapa kasihannya isteri encik dapat suami macam encik.

a8a76bcd e910 4e10 8f17 b5f761441e97

“AURAT PERLU DIJAGA”

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi dari orang ramai yang menyatakan bahawa perkara ini perlu dinormalisasikan. Apa yang penting adalah aurat ibu perlu dijaga dan jika ada tempat tertutup maka lebih elok untuk ibu tersebut pergi menyusukan anak di tempat berkenaan.

9f025349 8de2 496e 9342 93e427a66627

Namun, tidaklah perlu iman ‘goyah’ hanya kerana dengan melihat seorang ibu menyusukan anaknya di tempat awam.

c45f102e 624e 4f06 a801 4d76c9917c05

Sumber: Twitter NadMasrom

Leave a Comment