Tabung Haji Online: 3 Cara Daftar dan Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Tabung Haji Online adalah satu aplikasi yang di bangunkan oleh pihak Tabung Haji untuk kemudahan para pemegang akaun Tabung Haji.

Dengan wujudnya, aplikasi tabung haji online iaitu THiJARI segala urusan urusan anda sangat mudah. Bukan itu sahaja, ia menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu meredah panas dan hujan semata-mata mahu ke kaunter tabung haji untuk urusan masukkan duit ke dalam akaun tabung haji.

Tabung Haji Online

Kalau dekat mungkin tidak ada masalah tetapi jika kaunter tabung haji tersebut lokasinya jauh dari rumah kita ia bukan membuang masa kita tetapi juga sangat memenatkan.

Macam Mana Cara Nak Daftar Tabung Haji Online Dengan Menggunakan THiJARI??

Tabung Haji Online

Untuk menggunakan portal THiJARI, sudah tentulah anda kena mempunyai akaun THiJARI. Terutama sekali buat mereka yang baru pertama kali hendak menggunakan aaplikasi THiJARI. Lagipun dengan menggunakan portal THiJARI bermacam urusan tabung haji anda boleh lakukan hanya di hujung jari sahaja.

Ditambah pula pada masa kini, adalah zaman teknologi yang mana kebanyakkan dari kita gemar membeli dan menguruskan segalanya hanya secara online sahaja. Justeru itu, apabila tabung haji mula mewujudkan sisitem THiJARI ia secara tidak langsung mendapat sambutan yang sangat hangat dalam kalangan pemegang akaun tabung haji.

Tapi macam mana nak daftar akaun tabung haji online? Ada beberapa cara untuk mendaftar akaun THiJARI. Antaranya ialah:

  1. Mula-mula sekali anda perlu pergi ke Website Rasmi THiJARI untuk mendaftar anda boleh gunakan sama ada telefon bimbit, komputer, laptop.
  2. Kemudian, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan anda dan nombor akaun Tabung Haji anda.
  3. Lepas tu, masukkan nombor telefon bimbit yang telah anda daftarkan sewaktu mula-mula hendak buka akaun tabung haji anda. Kemudian, masukkan segala maklumat peribadi yang di perlukan.
  4. Selepas selesai mengisi semua maklumat anda sudah boleh log masuk dan  menggunakan perkhidmatan THiJARI.

Baca Juga: 3 Cara Nak Semak Saman Secara Online Dan Melalui SMS

Apa Perkhidmatan Yang Di Tawarkan Dalam THiJARI??

Tabung Haji Online

Portal THiJARI bukanlah sekadar portal semata-mata sebaliknya ia mempunyai bermacam perkhidmatan yang di tawarkan di dalamnya. Antaranya ialah:

1- Perkhidmatan Simpanan Dan Pengeluaran

Ini adalah perkhidmatan asas dalam aplikasi Tabung Haji Online  yang seringkali kita lakukan. Tetapi dengan perkhidmatan asas yang ada dalam ini secara tak langsung dapat menjimatkan masa anda dan anda tidak penat.

  • Membuat semakan ringkasan dan butiran akaun
  • Membuat semakan transaksi dan baki akaun
  • Membuat pindahan simpanan akaun TH
  • Muat turun dan cetak penyata akaun
  • Kemas kini profil akaun.

2- Urusan Untuk Menunaikan Haji

Dalam bahagian Tabung Haji online,  ini ada beberapa perkhidmatan yang di tawarkan. Antaranya ialah:

  • Membuat semakan status pendaftaran dan muat turun slip pendaftaran Haji.
  • Membuat semakan surat tawaran dan status Haji.
  • Muat turun jadual penerbangan Haji pergi dan balik. 
  • Semak lokasi, tarikh dan muat turun nota Kursus Asas Haji.

3-Kelab Taha/Taha@U

Selain dari perkhidmatan di atas, dengan aplikasi Tabung Haji online ini juga anda boleh sertai kelab Taha dan anda akan dapat bermancam manfaat dalam kelab Taha ini. Antara perkhidmatan dalam kelab Taha ialah:

  • Daftar kelab Taha/Taha@U
  • Semak status pendaftaran dan E-kad keahlian kelab.
  • Semak senarai rakan Kelab TaHa/TaHa@U. 

Tabung Haji Online Sangat Memudahkan Kita

Kesimpulanya, dengan adanya aplikasi Tabung Haji online ia sedikit sebanyak sangat memudahkan kita dalam menjalankan urusan Tabung Haji. Anda boleh melakukanya di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Menjimatkan masa dan sangat memudahkan anda.

Leave a Comment