Pencarum KWSP dinasihati untuk berwaspada dengan jerat pinjaman
Syarikat pinjaman mensasarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menawarkan pinjaman mudah pada kadar faedah tinggi antara lima hingga tujuh peratus sebulan.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Intipati kenyataan berita
- Terdapat beberapa pihak tertentu yang menggunakan nama Syarikat Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen atau Kredit Komuniti berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memperdaya mangsa.
- Mereka dikatakan sengaja mengedarkan iklan mengelirukan bagi menarik peminjam dengan menawarkan pinjaman jauh melebihi kadar faedah ditetapkan di dalam Akta Pemberi Pinjam Wang (1951) iaitu maksimum 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun.
- KPKT dalam kenyataan tadi menafikan sebarang pembabitkan dengan iklan yang menawarkan skim pinjaman KWSP seperti tular di media sosial dan laman web.
- Ia berikutan iklan yang menyasarkan pemilik akaun KWSP itu menggunakan nama syarikat PPW berlesen atau kredit komuniti yang berdaftar di bawah KPKT.
- KPKT dalam satu kenyataan memaklumkan iklan itu mengandungi maklumat pinjaman mencurigakan bertujuan memperdaya orang ramai.
- “Antaranya mereka menawarkan skim pinjaman tanpa bayaran bulanan dengan hanya penyata KWSP diperlukan bagi semakan kelayakan pinjaman, dengan sasaran individu berumur antara 48 hingga 55 tahun.
- “KPKT yang memandang serius iklan berkenaan menegaskan bahawa urusan dengan pihak kredit komuniti hanya boleh dilakukan dalam premis perniagaan berdaftar dan sah sahaja.
- Orang ramai perlu mendapatkan pengesahan maklumat daripada KPKT dahulu sebelum sebarang perjanjian dibuat dan tidak menandatangani perjanjian kosong.
Sumber: hmetro
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih