Syarat-syarat Kelayakan Rumah Harapan Rakyat 2023
Syarat-syarat Kelayakan Rumah Harapan Rakyat 2023 – Untuk tahun 2023, harga seunit rumah RHR adalah pada kadar RM85,000, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon ditetapkan sebanyak RM75,000 sahaja.
Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun):
RHR pada asasnya merupakan sebuah program yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan B40 yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa.
Syarat-syarat Kelayakan Rumah Harapan Rakyat 2023
– Harga Seunit: RM85,000
– Pinjaman Pembiayaan: RM75,000
– Bayaran Deposit 5%: RM3,750
– Bayaran Balik: RM238 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)
Syarat-syarat Kelayakan
– Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan);
– Keutamaan diberikan kepada yang berkahwin;
– Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan;
– Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
– Memiliki tanah (Hak Milik Penuh/Perkongsian), tanah tersebut hendak bersesuaian bagi pembinaan RHR dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya;
– Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi atau 232 meter persegi;
– Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan.Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar. Tanah hendaklah boleh diakses oleh kenderaan berat;
– Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.
Cara Memohon
Ia kemudiannya perlu dihantar kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) di alamat:
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan RHR dengan lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang diminta.
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
( BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK )
23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
ia boleh dirujuk di Portal Rasmi PKNNS – DI SINI.. Untuk maklumat lengkap berkenaan kaedah pelaksanaan program ini dan mendapatkan Borang Permohonan RHR.
Semak JUga: Bantuan Persekolahan awal, Dibayar Secara Berperingkat
Syarat-syarat Kelayakan Rumah Harapan Rakyat 2023
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.Syarat-syarat Kelayakan Rumah Harapan Rakyat 2023