Syarat Pendaftaran Bantuan BINGKAS RM300 Bagi Setiap Bulan
Syarat Pendaftaran Bantuan BINGKAS RM300 Bagi Setiap Bulan – Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.
Syarat Pendaftaran Bantuan BINGKAS
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
Untuk pengetahuan umum, kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan program bantuan e-wallet BINGKAS ini dengan peruntukan sebanyak RM108 juta. Bantuan ini akan diagihkan kepada kira-kira 30 ribu isi rumah (keluarga) yang berkelayakan.
Salah satunya adalah melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang melibatkan pemberian e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.
“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak rm108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” kata Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan Bajet Selangor 2023.
Syarat Pendaftaran
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan pantas boleh dikemukakan secara online dalam sistem pendaftaran BINGKAS
Syarat Pendaftaran Bantuan BINGKAS RM300 Bagi Setiap Bulan
Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:
Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Syarat Kelayakan
– Warganegara Malaysia
– Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
– Pengundi berdaftar di negeri Selangor
– Keluarga dengan tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
– Pendapatan isi rumah di bawah rm3,000 sebulan
– Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah secara automatik ke paras rm300 setiap bulan.
Syarat Pendaftaran Bantuan BINGKAS RM300 Bagi Setiap Bulan
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai BINGKAS, anda boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/
Semak Juga: Keluarkan Caruman KWSP Sekali Lagi Apa Salahnya?
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Syarat Pendaftaran Bantuan BINGKAS RM300 Bagi Setiap Bulan