Syarat Kelayakan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Syarat Kelayakan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) – Skim ini dilberikan secara percuma dan dilaksanakan sehingga peruntukan geran ini habis digunakan.
Apakah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)? Berkuatkuasa pada 4 Februari 2021, Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan inisiatif pendaftaran perniagaan PERCUMA melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) untuk kumpulan sasar usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan seterusnya sepenuh masa dan belajar di Negara.
Sehingga kini, lebih 36,927 usahawan telah mendaftar perniagaan di bawah Skim SPPP.
Pengecualian Yuran Pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin
Pengecualian yuran pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut;
Perniagaan milikan tunggal menggunakan namanya sendiri seperti pada kad pengenalan – RM30 setahun;
Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi adalah sebahagian daripada kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama dagangan – RM60 setahun; dan, Cetakan maklumat – RM10.
Nota: SPPP ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini. Pembaharuan dan cawangan jika ada dikenakan bayaran seperti biasa.
Kategori permohonan yang layak untuk skim ini adalah seperti berikut:
(a) Kategori Usahawan Kumpulan B40:
Warganegara & Penduduk Tetap berumur 18 tahun ke atas mengikut keperluan pendaftaran perniagaan;
Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif dalam SSM.
(b) Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:
Warganegara & Penduduk Tetap berumur 18 tahun ke atas mengikut keperluan pendaftaran perniagaan;
Pengajian/kursus sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran dalam negara; dan
Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif dalam SSM.
BACA JUGA INFO: Info Permohonan & Pengeluaran Wang KWSP I-Citra
Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di laman web berikut;
Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu.
Sila rujuk Tatacara Mendaftar Akaun Pengguna Ezbiz dan
Tatacara Pengguna Ezbiz Pendaftaran Perniagaan Baru (Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin)