Syarat Kelayakan & Cara Tuntut – Bantuan RM8000

Syarat Kelayakan & Cara Tuntut Bantuan RM8000 secara ‘one-off’ bagi mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Bantuan RM8000

Bantuan RM8,000 di bawah mySalam ini diperkenlkan sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang layak apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Senarai penyakit kritikal berkenaan boleh dirujuk – DI SINI.

Syarat-syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi yang layak sebelum membuat tuntuan bantuan rm8000 Mysalam ini.

Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun serta Berumur antara 18 hingga 65 tahun.

Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam, melalui kiriman SMS ke nombor telefon seperti yang dikemaskini untuk program-program yang dinyatakan di atas.

Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Cara Tuntut

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, tuntutan Bantuan RM8000 mySalam (penyakit kritikal) boleh dilaksanakan dengan tatacara berikut:

Layari portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).

Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;

Log masuk ke portal rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;

Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format pdf atau jpeg

  • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Bantuan RM8000

Bantuan RM8000

Disclaimers – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.

Baca di sini : Cukai Barang Shopee Bagi Tahun 2023

Leave a Comment