Sumbangan Tunai RAHMAH FASA 3
Pembayaran bantuan STR Fasa 3 akan diteruskan pada bulan Julai depan. Sumbangan Tunai RAHMAH FASA 3 –
Pelbagai bantuan kewangan diberikan kepada rakyat yang layak termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi
kos sara hidup dan pembelian barangan asas. Pembayaran STR 2023 akan kembali diteruskan pada bayaran Fasa 3.
STR 2023 dibayar melalui 4 fasa dan kini hanya berbaki 2 fasa bayaran sahaja lagi.
Semak sini: Simpanan KWSP Pengeluaran 2.0 Jika Terdesak Keluarkan
Semak juga: Jawatan Kosong PETRONAS Berhad 2023
JUMLAH BANTUAN
Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.
- Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500
– Tiada anak – RM 300
– 1 Hingga 2 – RM 400
– 3 hingga 4 – RM 600
– 5 dan ke atas – RM 800
- Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000
– Tiada anak – Tiada bayaran
– 1 hingga 2 – RM 150
– 3 hingga 4 – RM 200
– 5 dan ke atas – RM 250
– Bujang OKU dan Warga Emas, RM 100 seorang, Kategori Bujang,
KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN
Semua penerima STR 2023 layak terima STR Fasa 3 kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501
hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa 3.
Selain itu, bayaran turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang lulus membuat permohonan pada Mac lalu.
Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).
TARIKH BAYARAN
mengenai tarikh rasmi bayaran pula belum diumumkan setakat ini Tetapi. Pembayaran STR Fasa 3 dijangkakan bakal dikreditkan pada bulan Julai 2023 ini. = (INFO TERBARU DISINI)