Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA

Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA RM180 Sebulan – MyInfoKerja

Cara Mohon Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA – Subsidi ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah, menyediakan peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal yang lebih baik di TASKA & seterusnya secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang.

Anda punyai anak yang sedang diasuh di TASKA? Ini berita baik untuk anda kerana, Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA maksimum RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak.

NAMA PROGRAM

Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA.

Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA

KADAR SUBSIDI YURAN PENGASUHAN

– Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak.

– Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih rendah daripada kadar subsidi, maka subsidi ini diberi mengikut kadar yuran sebenar.

– Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA seperti berikut:-

IBU BAPA/ PENJAGA

Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) yang lengkap berserta dokumen dibawah:

– Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga;

– Salinan MyKid/ sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat/ pelihara;

– Salinan resit yuran bulanan TASKA;

– Salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU;

– Salinan sijil kematian/ sijil cerai bagi ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan);

– Salinan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekiranya tiada penyata pendapatan, kemukakan surat pengesahan pendapatan dari majikan atau pengesahan pendapatan oleh Ketua

– Kampung/ Penghulu/ JKKK/ kakitangan awam kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan

– Salinan sijil lahir/ kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.

Nota: Borang YP1 bersama dokumen di atas hendaklah dihantar kepada pengusaha TASKA.

Artikal Berkaitan:
– Kredit eWALLET Percuma untuk rakyat Malaysia 2023

– Golongan Bujang B40, bakal terima bantuan RM 100

PENGUSAHA TASKA

Borang YP1 yang diisi lengkap dan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) berserta dengan dokumen seperti dibawah:

– Salinan kad pengenalan pengusaha;

– Salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA;

Salinan penyata akaun bank atas nama TASKA yang disahkan;

– Surat akuan/ pengesahan pengusaha sekiranya TASKA menggunakan akaun pertubuhan atau perkongsian; dan

– Semua salinan dokumen yang dikemukakan oleh ibu bapa/ penjaga kanak-kanak.

Nota: Semua dokumen di atas hendaklah dihantar kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian berkenaan

CARA PERMOHONAN

2) Isi Borang YP1 dikemukakan kepada pengusaha TASKA yang berdaftar dengan JKM berserta dengan dokumen sokongan.

4) Permohonan terus daripada pengusaha TASKA/ibu bapa/penjaga kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri tanpa melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan berhampiran adalah tidak akan dipertimbangkan.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan dari pengusaha TASKA adalah selama 2 bulan, bermula 1 Januari setiap tahun.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:-

No. Tel: 03 – 8000 8000

Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA

 

 

Leave a Comment