Suami Isteri Tinggal Bawa Jambatan, Tak Mampu Membayar Sewa Rumah Slaps Diberhentikan Kerja

Suami Isteri Tinggal Bawa Jambatan, Tak Mampu Membayar Sewa Rumah Slaps Diberhentikan Kerja

Suami isteri yang menjadikan kawasan landasan transit aliran ringan (LRT) sebagai tempat berteduh mendapat perhatian kerajaan apabila akan dipindahkan ke lokasi yang lebih selesa.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, pihaknya telah menggerakkan satu pasukan untuk menemui pasangan itu semalam sejurus mendapat maklumat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Setelah dapat maklumat daripada PM semalam, saya kerahkan pasukan wilayah pergi mencari mereka yang tidur bawah jambatan. Rupanya pasukan lain pun ramai ke sana termasuk Baitulmal dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta peluang berniaga di sekitar ibu negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook tadi.

Bagaimanapun, katanya, keluarga terbabit memilih untuk menyewa di Kapar dan kos sewaan itu diuruskan oleh pihak Baitulmal.

Seorang pengguna Facebook berkongsi mengenai kehidupan seorang lelaki dikenali sebagai Kasturi yang tinggal di bawah jambatan LRT di Taman Aman, Petaling Jaya kerana dia tidak mampu membayar sewa selepas diberhentikan kerja.

Lebih menyedikan, isterinya yang s4kit juga tidak dapat meneruskan rawatan di hospital kerana mengalami masalah kewangan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: K! ONLINE / MimbarRaudhah

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Leave a Comment