Stroke Haba: Banyakkan minum air kosong

Stroke Haba: Banyakkan minum air kosong

Stroke Haba: Banyakkan minum air kosong – Orang ramai dinasihati supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah serta memperbanyakkan minum air kosong berikutan cuaca panas kebelakangan ini.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam Dr Hanafiah Bashirun berkata, fenomena cuaca panas di atas 34 darjah celcius serta berjerebu yang melanda negara boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Kata Dr Hanafiah, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai pakaian selesa yang sesuai, memakai pelitup muka dan mengehadkan aktiviti luar.

“Paling penting, banyakkan meminum air kosong, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal atur suhu badan.

“Elakkan mengambil minuman manis, kafein, berkarbonat atau beralkohol kerana ia boleh meningkatkan kepekatan darah seterusnya dehidrasi,” katanya kepada Harian Metro.

Semak Juga: Pengeluaran KWSP Secara Bersyarat Dibenarkan

Mohon Juga: Syarat Kelayakan Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR)

“Orang ramai harus peka terutama mereka yang memang mempunyai penyakit seperti asma dan bronkitis kerana golongan ini berisiko tinggi untuk mengalami keadaan sukar bernafas (sesak nafas).

“Dapatkan rawatan doktor apabila berlaku tanda awal sesak nafas. Mereka yang tidak sihat perlu segera ke fasiliti kesihatan terdekat,” katanya lagi.

Dr Hanafiah berkata, cuaca panas dan berjerebu ini juga memberi risiko kesihatan kepada orang ramai.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu lebih tegas mengharamkan pembakaran terbuka dan aktiviti membakar mercun kerana ia boleh meningkatkan lagi kandungan partikel debu dalam udara seterusnya menyumbang kepada jerebu yang teruk.

JOIN TELEGRAM: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Stroke Haba: Banyakkan minum air kosong

Stroke Haba: Banyakkan minum air kosong

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Stroke Haba: Banyakkan minum air kosong

Leave a Comment